web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu, Meningkat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 7:56AM

Keadaan banjir di Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan malam ini manakala Pahang menunjukkan penurunan sementara di Selangor dan Negeri Sembilan kekal dengan jumlah sama.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 1,186 orang daripada 350 keluarga berada di PPS setakat 9 malam tadi berbanding 856 orang daripada 245 keluarga, petang semalam.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), 14 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu sembilan di Jeli dan lima di Kuala Krai.

Sementara itu, menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah berada pada paras bahaya apabila merekodkan bacaan 23.74 meter (m).

Portal rasmi pengurusan bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) pula melaporkan jalan yang menghubungkan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Jeli ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 137 orang daripada 42 keluarga malam ini berbanding 69 orang daripada 22 keluarga petang semalam.

Satu lagi PPS di Dungun iaitu Dewan Serbaguna Kampung Shukur dibuka menjadikan jumlah keseluruhan dua PPS beroperasi ketika ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Rosman Abdullah berkata hanya Dungun satu-satunya daerah yang dilanda banjir semalam namun pemantauan turut tertumpu di Daerah Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.

"Jumlah mangsa dijangka terus bertambah malam ini kerana kebanyakan (paras air) sungai utama masih menunjukkan trend peningkatan," katanya.

Portal rasmi JPS memaklumkan stesen bacaan tiga sungai di tiga daerah di negeri ini telah melepasi paras bahaya malam ini iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dengan bacaan setinggi 35.03 m, Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun (38.63m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (19.89 m).

Bagaimanapun, di PAHANG, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,390 mangsa yang masih berada di 33 PPS di Bentong, Temerloh, Kuantan, Maran dan Pekan.

Portal rasmi JPS turut melaporkan bacaan paras air Sungai Kuantan di Bukit Kenau berada di paras amaran manakala Sungai Dong (Raub), Sungai Triang di Chemomoi (Bentong), Sungai Kundang (Maran) dan Sungai Lembing (Kuantan) berada di paras waspada.

JPS turut meramalkan banjir akan berlaku secara berperingkat di beberapa daerah lain di negeri ini iaitu Kuantan, Rompin, Pekan, Bera, Maran, Jerantut, Temerloh, Lipis, Raub dan Bentong susulan amaran tahap bahaya dengan hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi petang semalam.

Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa banjir kekal dengan 466 mangsa melibatkan 132 keluarga di empat PPS di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding (20 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil (77 orang) di Hulu Langat, Stadium Tertutup Kuala Selangor (201 orang) dan SMK Kuala Selangor (168 orang) di Kuala Selangor.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan tiga klinik desa (KD) iaitu KD Kampung Nenas, Klang manakala KD Dusun Tua serta KD Batu 18 di Hulu Langat terpaksa ditutup sementara susulan banjir.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir kekal kepada 29 individu daripada sembilan keluarga yang berada di PPS Balai Raya Kampung Puom, Jelebu setakat 9 malam tadi. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 13 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar