web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelantan Dilanda Banjir Gelombang Kedua

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 6:39PM

Bomba Jeli yang membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Baru Jalan Malaysia, Jeli, selepas kediaman penduduk dilanda banjir, hari ini. - Gambar Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan Kelantan dilanda banjir gelombang kedua, apabila dua daerah mula dinaiki air sejak pagi tadi iaitu Jeli dan Kuala Krai.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa di Kelantan setakat jam 4 petang ialah 836, membabitkan 233 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tujuh di Jeli dan tiga di Kuala Krai.

PPS di Jeli terdiri dari Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan yang menempatkan 291 mangsa, Dewan Kesedar/ Pasti Bukit Lakota (171), Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor (34), Masjid Gemang (31), SK Legeh (123) SK Kuala Balah (5) dan SK Jeli, 43 mangsa.

Selain itu, PPS di Kuala Krai pula Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A yang dihuni 81 mangsa, Madrasah Chuchuh Puteri A (18) dan Masjid Chuchuh Puteri A (9).

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, antara kawasan yang dinaiki air termasuk Sungai Satan, Bukit Lakota, Lubok Bongor, Pasir Dusun, Kampung Baru Jalan Malaysia dan Gemang.

Katanya, kampung itu dinaiki berikutan hujan lebat sejak semalam dan kedudukan semua perkampungan yang bertanah endah.

“Pihak kita bersama pasukan keselamatan sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan penduduk yang dilanda banjir dapat dipindahkan lebih awal.

“Saya nasihatkan semua penduduk supaya membuat persediaan awal termasuk meletakkan dokumen penting di kawasan yang selamat. Jika rumah dinaiki air, saya minta mangsa segera menghubungi bomba atau petugas keselamatan yang lain untuk membantu,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad