web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AS Sumbang RM420,000 Kepada PBSM Malaysia Untuk Misi Bantuan Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 4:46PM

Kedutaan AS - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) berikrar memberikan sumbangan berjumlah RM420,000 untuk misi bantuan banjir kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Kedutaan AS di Kuala Lumpur berkata bantuan yang dibuat melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat akan menyokong penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada isi rumah yang terjejas banjir di Malaysia, termasuk rawatan perubatan, pencegahan penyakit dan perkhidmatan kesihatan mental.

“Kedutaan AS di Kuala Lumpur, bagi pihak rakyat Amerika, melahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di Malaysia baru-baru ini,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Sementara itu, Kuasa Usaha Kedutaan AS Michael Newbill dalam kenyataan sama berkata beliau dan rakan-rakannya berharap dana itu akan membantu penduduk yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

“Saya dan rakan sekerja turut bekerjasama mengumpul dana bagi membantu ahli komuniti kedutaan kami yang rumah dan keluarga mereka turut terjejas akibat banjir.

“Kami menghargai usaha gigih Bulan Sabit Merah Malaysia dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah dalam bertindak semasa bencana ini, dan atas kerja berterusan mereka menyokong usaha bantuan COVID-19,” katanya dalam kenyataan itu.

Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Hakim Hamzah berkata sumbangan dana dari AS itu akan menjadi bantuan besar dalam usaha berterusannya, yang menyediakan bantuan lanjut termasuk makanan, air selamat, bekalan perubatan dan kit kebersihan kepada orang ramai di seluruh kawasan yang paling teruk terjejas di Malaysia.

Bencana alam, termasuk banjir besar, yang melanda beberapa negeri di Malaysia meragut hampir 50 nyawa setakat ini, dengan lima lagi dilaporkan hilang.

Angka kematian adalah yang tertinggi dalam sejarah bencana banjir di Malaysia, dengan sebahagian besar korban direkodkan di Lembah Klang dan Selangor.

Banjir itu berlaku berikutan hujan lebat berterusan selama dua hari, mengakibatkan beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling dan Kuala Lumpur di Lembah Klang, serta Bentong, Mentakab dan Temerloh di Pahang ditenggelami air. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar