web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Aktiviti Pembalakan Di Hutan Simpan Lentang - JPNP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 7:38AM

Kesan longgokan kayu termasuk bersaiz kayu balak dikesan berhampiran Sungai Telemong, dekat Bentong.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semakan udara menggunakan dron mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan (HS) Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi kenyataan malam tadi, memaklumkan semakan di kedua-dua lokasi mendapati sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan menerusi media sosial, merupakan sisa sampah sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Dis lepas.

“Semakan mendapati berlaku kejadian kepala air di dua lokasi itu bermula di HS Lentang akibat hujan lebat berterusan selama tiga hari bermula 16 Disember hingga banjir besar di Bentong pada 18 Disember lepas, yang disokong data taburan hujan Jabatan Pengairan dan Saliran Bentong dengan mencatatkan bacaan purata 155 milimeter (mm) pada 18 Disember serta dikategorikan sebagai sangat lebat.

“Semakan udara juga mendapati banyak kesan tanah runtuh di kawasan berbukit di dalam HS Lentang, tanah kerajaan dan tanah milik yang membawa sisa sampah sarap terdiri daripada tanah-tanih, batu-batan dan pokok-pokok yang hanyut masuk ke dalam Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul akibat arus air yang sangat kuat menghentam di sepanjang laluan sungai tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPNP, semakan di lapangan turut menemukan pelbagai sisa batang pokok dan kayu terdiri daripada pelbagai spesies antaranya pokok hutan, durian, getah dan kelapa sawit yang memberikan gambaran bahawa arus air sungai yang deras turut membawa sampah sarap dari kawasan luar HS Lentang.

Kejadian kepala air di dua lokasi itu, menurut JPNP tiada kena mengena dengan aktiviti pembalakan di tanah kerajaan Sungai Gapoi seperti dakwaan sesetengah pihak kerana jaraknya adalah sejauh 16 kilometer (km) dari Jambatan Telemong dan 23 km dari jalan Bentong-Karak.

Selain itu, tinjauan di lokasi hari ini mendapati air Sungai Gapoi jernih dan tiada kesan kepala air.

JPNP juga memaklumkan bahawa HS Lentang telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air sejak 2002 menyebabkan tiada aktiviti pembalakan dibenarkan selain kawasan seluas 30 hektar dalam hutan itu telah dijadikan sebagai petak Hutan Pemuliharaan Bernilai Tinggi (HCVF) pada 2012 yang bermaksud kawasan Hutan Perlindungan yang tidak boleh dijalankan sebarang aktiviti pembalakan.

Berhubung sisa kayu itu, JPNP berkata tindakan lanjut akan dilakukan bagi memastikan sisa itu dialihkan segera dan dilupuskan mengikut peruntukan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 selain tinjauan lanjut menggunakan helikopter akan dibuat pada awal Januari bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu dan lokasi kejadian kepala air dalam HS Lentang.

JPNP juga mencadangkan kawasan tanah kerajaan yang tidak diusahakan, yang bersempadan dengan HS Lentang diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Seksyen 10 APN 1984 supaya kerja pemulihan seperti penghutanan semula dapat dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku di masa hadapan.

Selain itu, JPNP juga menyarankan pelaksanaan penguatkuasaan pematuhan zon penampan sungai di sepanjang sungai yang dibangunkan oleh agensi, syarikat atau orang awam bagi mengelakkan berlaku hakisan lebih serius. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad