web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Wajar Terima Rebat Bil Utiliti, Pengecualian Cukai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 1:38PM

Penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, sedang membersihkan rumah mereka selepas banjir besar melanda pada 18 Disember lalu. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian rebat bil utiliti seharusnya dipertimbangkan kepada mangsa banjir bagi meringankan bebanan kewangan mereka.

Pengarah Komunikasi Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Loh Ker Chean berkata, rebat bil air dan elektrik sebanyak RM200 itu wajar diberikan kepada mangsa banjir yang memiliki rumah.

Manakala, katanya, pemilik lot atau rumah kedai dan pemilik kilang, masing-masing perlu menerima RM500 hingga RM1,500 rebat berkenaan.

“Mengambil kira impak kewangan dihadapi mangsa banjir di seluruh negara, rebat utiliti atau pengecualian bayaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) wajar dipertimbangkan oleh pembekal perkhidmatan ini,” katanya hari ini.

Loh Ker Chean
Loh Ker Chean

Ker Chean berkata, perkhidmatan jalur lebar percuma juga sepatutnya diberikan pembekal perkhidmatan kepada mangsa banjir selama tiga bulan.

Jelasnya, kerajaan negeri turut dicadangkan untuk mempertimbangkan pengecualian cukai pintu premis mangsa banjir selama enam bulan.

Beliau berkata, pengecualian dan rebat terbabit hanya bantuan kecil untuk mengurangkan bebanan kewangan mangsa bencana itu, berbanding kerugian besar sehingga ratusan ribu dialami penduduk, pengusaha serta peniaga akibat kemusnahan barangan serta kelengkapan.

“Agensi kerajaan dan swasta digesa agar membantu meringankan tekanan kewangan dihadapi mangsa banjir di seluruh Malaysia sebagai satu bentuk khidmat negara pada masa getir ini.

“Ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” katanya. - Getaran, 29 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad