web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


23 Kematian Baharu Akibat COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 12:07PM

23 kematian dilaporkan setakat tengah malam tadi di seluruh negara akibat COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah tersebut, terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kematian disebabkan pandemik berkenaan di seluruh negara sebanyak 31,392 kes manakala 6,338 lagi membabitkan BID.

Johor dan Terengganu mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi iaitu masing-masing empat kes, diikuti Perak tiga kes.

Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur pula masing-masing merekodkan dua kes kematian manakala Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah, satu kes di setiap negeri.

Sementara itu, terdapat 42,357 kes aktif dilaporkan di seluruh negara. 

Daripada jumlah itu, seramai 35,247 individu sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,303 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Seramai 3,505 kes dirawat di hospital dan 302 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sejumlah 169 kes yang dirawat di ICU pula memerlukan bantuan pernafasan. - Getaran, 29 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad