Berita Terkini

7 jam yang lalu: Pejabat Kesihatan Songkhla lapor kematian pertama di Thailand disebabkan varian Omicron 7 jam yang lalu: Tiada istilah Hari Agama Sedunia, hanya Islam satu-satunya agama yang jelas dan terbukti benar - Idris Ahmad 7 jam yang lalu: Tang jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India 7 jam yang lalu: 36,000 ketua isi rumah (KIR) di Selangor telah menerima bantuan RM1,000 - MB 7 jam yang lalu: COVID: 99.1 peratus daripada 3,010 kes dilapor hari ini kategori satu dan dua - KP Kesihatan

IKUTI KAMI


Tiada Peruntukan Akta Benar Pengeluaran Bencana Alam - KWSP

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 8:11AM

Mangsa-mangsa banjir sebelum ini meminta kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP bagi membolehkan mereka bangkit semula, selepas berdepan banjir besar pada 18 Disember lalu. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bencana alam, menurut KWSP.

Dalam satu kenyataan, dana persaraan itu memaklumkan organisasi itu tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan Akaun 1 atau 70 peratus simpanan ditetapkan untuk persaraan, manakala Akaun 2 (30 peratus simpanan) untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan lebih cerah.

"KWSP menegaskan komitmennya untuk membantu ahli membina semula kecukupan simpanan persaraan mereka dan menyokong pemberhentian sebarang pengeluaran khas di bawah skim i-Citra agar masa depan persaraan mereka tidak akan terus dikompromi," kata organisasi tersebut.

KWSP menjelaskan skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, diikuti i-Citra pada Julai lepas, bersifat luar biasa kerana inisiatif itu diperkenalkan untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

Katanya, skim pengeluaran itu menyebabkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka, yang mana 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000.

"Sememangnya tahap yang tidak dapat menjamin persaraan ahli. Majoriti mereka yang telah membuat pengeluaran kecemasan daripada KWSP adalah dalam kalangan bumiputera.

"Hasil daripada pengeluaran itu, sebanyak 4.4 juta atau 54 peratus ahli bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta atau 25 peratus mempunyai kurang daripada RM1,000.

"Ini amat membimbangkan kerana bilangan ini mencerminkan peningkatan peratusan ahli yang tidak mencapai kuantum Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000, iaitu jumlah minimum yang diperlukan oleh ahli apabila mencapai umur 55 tahun," katanya.

Selain itu, KWSP juga menjelaskan kebimbangan lain selain penyusutan pendapatan masa depan individu, ialah ketirisan selanjutnya akan menjejaskan kedudukan KWSP sebagai sebuah organisasi simpanan persaraan dan pemegang amanah masa depan persaraan ahli.

Sebagai pemegang amanah, KWSP berkata organisasi itu mempunyai kewajipan fidusiari dalam menjaga kepentingan saksama untuk semua ahlinya dan masih terdapat berjuta ahli yang tidak menyentuh simpanan mereka dengan harapan mendapatkan pulangan lebih baik demi menjamin kehidupan persaraan mereka.

"Sehingga kini, terdapat lebih daripada RM270 bilion simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh ahli yang telah mencapai umur lebih daripada 55 dan 60 tahun, mahupun yang mempunyai simpanan lebih daripada RM1 juta dalam akaun KWSP mereka.

"Dibimbangi kemelesetan kepercayaan terhadap KWSP akan memaksa golongan ahli ini mengeluarkan simpanan mereka dengan banyak dan memberi impak negatif terhadap pasaran domestik memandangkan KWSP merupakan tunggak utama dalam pegangan aset pelaburan pasaran modal dan kewangan dalam negara," katanya.

KWSP turut menekankan fokus kini adalah terus melindungi simpanan ahli, selaras dengan mandatnya, dan memastikan ahli turut memulih serta membina semula simpanan persaraan bagi menjamin persaraan yang selesa.

 Dalam masa sama, KWSP bersimpati dengan nasib mangsa banjir dan melalui Rangkaian Tindak Balas Bencana GLIC/GLC (GDRN), peruntukan RM10 juta disalurkan hasil penjimatan perbelanjaan operasi.

Bantuan tersebut, katanya akan disalurkan melalui sumbangan berbentuk barangan yang diperlukan dan disalurkan melalui pertubuhan amal berkredibiliti.

"Dengan hampir 15 juta ahli, sebarang bantuan melalui pertubuhan kebajikan dan melalui usaha sukarelawan KWSP sendiri akan memberi manfaat kepada ahli dan keluarga mereka secara langsung dan tidak langsung," katanya.

Sebelum ini, terdapat desakan daripada pelbagai pihak yang memohon kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 wang KWSP untuk memulakan semula kehidupan terjejas akibat banjir teruk yang melanda beberapa negeri di seluruh negara. - Bernama

Sorotan

1

Di Sebalik Kontroversi, Pementasan 'Putri Santubong' Sukses, Dikenali Dunia!

2

Banjir Melanda, Awasi Bahaya Penyakit Bawaan Air - Pakar

3

Letusan Gunung Berapi Tonga Cetus Amaran Tsunami di Jepun, Kepulauan Pasifik

4

Pencuri Dimandikan Seperti Jenazah, Jangan Buat 'Undang-Undang Rimba'

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Bongkar Makmal Dadah, Rampas Ketamin RM111.2 Juta

oleh Hafizee Arop

Semasa 18 jam yang lalu

Kedai Kacang Putih Musnah Terbakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada ‘Safety Alert’ Dialami Penerima Vaksin Cormirnaty - Dr Noor Hisham

oleh Fitri Nizam

Sukan 1 hari yang lalu

Terbuka India: Tang Jie-Yen Wei Mara Ke Final