web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Pembersihan Pasca Banjir Pahang Ambil Masa 2 Minggu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 7:12PM

SWCorp menggunakan jentera berat bagi kerja mengumpulkan sampah di tapak transit berhampiran kawasan perumahan Bukit Rangin, dekat Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Pahang menjangkakan proses kutipan sampah dan pembersihan pasca banjir dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira dua minggu. 

Tempoh itu dianggarkan mencukupi, berdasarkan jumlah aset sedia ada dan bantuan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dari negeri lain yang turut sama membantu mempercepatkan proses. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata, buat masa ini pihak Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melalui syarikat konsesi Alam Flora sedang memaksimumkan operasi mereka bagi memastikan kawasan terjejas banjir dapat dibersihkan mengikut jadual. 

“Kalau di Kuantan sahaja, kita anggarkan hampir 500 tan sampah diuruskan setiap hari dan jumlah ini dijangka bertambah selepas proses pengumpulan sampah di tapak transit selesai dihantar ke pusat pelupusan. 

“Buat masa ini kita masih mampu menguruskan operasi pembersihan (pasca banjir) dan memang ada rakan kita (PBT) dari negeri berjiran yang membantu, cuma keadaan tidak seteruk (banjir) tahun 2013 dan 2014,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau proses pembersihan kawasan perumahan Taman Makmur Mahkota Jaya, dekat sini, hari ini. 

Abd Rahim turut memaklumkan, kerajaan negeri menganggarkan jumlah kerugian akibat banjir yang bermula 19 Disember lalu mencecah RM500 juta, berikutan kebanyakan kawasan dinaiki air mencecah paras bumbung, terutamanya di Karak, Bentong dan Mentakab, Temerloh. 

Katanya, kerajaan negeri sedang mencari jalan untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada semua penduduk yang terjejas banjir, selain pemberian wang ihsan RM500 kepada setiap keluarga. 

Sementara itu, Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid ketika ditemui di tapak transit sampah berhampiran kawasan perumahan Bukit Rangin, di sini, memaklumkan, setakat ini pihaknya sudah menguruskan 6,785 tan sampah sejak operasi pembersihan pasca banjir dimulakan pada 22 Disember lalu. 

“Kita masih ada 14 tapak transit yang perlu diuruskan dan kita jangkakan dalam masa antara empat hingga lima hari, ia boleh diselesaikan. 

“Masalah yang kita hadapi ketika ini ialah proses menghantar sampah ke pusat pelupusan memandangkan jumlah lori yang ‘beratur’ untuk membuang sampah di situ terlalu banyak, jadi masa banyak terbuang ketika proses terbabit. 

“Kalau kita boleh tambah jumlah lori dan kekerapan trip ke sana (pusat pelupusan), tidak ada masalah untuk selesaikan semua sampah ditempatkan di tapak transit ini,” katanya. 

Sharudin turut memaklumkan, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemimpin setempat yang turut menyewakan lori bagi tujuan mengangkut sampah di kawasan penempatan penduduk. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad