web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir, Rakyat Desak PM, Kabinet Letak Jawatan Ada Kewajaran - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 12:47PM

Orang ramai memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, pada 20 Disember lalu. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun sudah seminggu bencana banjir melanda negara, kekecewaan terhadap kordinasi lemah kerajaan dalam menguruskan banjir khususnya di Selangor masih berbekas di hati rakyat.

Bukan itu sahaja, majoriti rakyat di negara ini turut mengecam sikap lemah dan layu menteri Kabinet sehingga mereka digelar sebagai ‘pelancong banjir’.

Kegagalan tersebut menyebabkan orang ramai tanpa segan silu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri untuk meletak jawatan menerusi ciapan di Twitter.

“Hampir seminggu bantu mangsa banjir. Sampai sekarang tak nampak tindakan proaktif kerajaan.

“Bantuan yang bagi pun RM1,000 sahaja. Command centre pun tak nampak. Lagi nampak main tunding jari sini-sana dari buat kerja. Cukuplah letak saja jawatan!,” kata Teoleeken di Twitternya.

“Letak jawatan jelah. Memalukan tindakan kerajaan dalam krisis banjir ni. Tak guna semua,” kata pula KenMohamad.

Desakan tersebut turut disokong bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim.

“Kerajaan ini harus meletak jawatan disebabkan cara mereka menangani banjir. Tidak cekap sama sekali,” katanya.

Dr. Awang Azman Awang Pawi
Dr. Awang Azman Awang Pawi

Menurut penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, desakan itu sebenarnya manifestasi daripada kekecewaan, kemarahan dan keprihatinan rakyat terhadap isu banjir.

“Itu semua merupakan satu manifestasi rakyat khususnya di kawasan terjejas dan juga respon daripada masyarakat sekeliling yang melihat suasana tersebut dengan lebih dekat.

“Jadi apabila kegagalan itu berlaku, tindak balas itu lambat dan penyelarasan dilihat agak perlahan, walaupun sekarang sudah mula lihat tindakan (kerajaan) tetapi banjir dah pun mula surut,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Malah beliau melihat desakan supaya menteri Kabinet meletak jawatan ada kewajarannya, tetapi mengakui tindakan itu mustahil akan berlaku.

“Kita tahu situasi politik di negara ini, menteri letak jawatan itu jarang berlaku. Ini disebabkan budaya politik dan sistem nilai yang berbeza dengan negara lain.

“Mereka lebih gemar mengambil pendekatan mendiamkan diri dan memberi alasan mereka tersendiri,” katanya.

Pada masa sama, Awang Azman berpendapat, Perdana Menteri dan menteri Kabinet sudah menyedari kekecewaan rakyat terhadap kegagalan kerajaan mengawal selia bencana banjir.

“Saya dapati mereka sudah mula tahu reaksi ataupun tindak balas daripada mangsa terjejas atau rakyat.

“Sebab itu kita lihat Perdana Menteri mengarahkan semua menteri yang bercuti di luar negara supaya balik segera. Jadi mereka maklum,” katanya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak isu tersebut akan memberi impak negatif kepada parti Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Namun ia bergantung kepada sejauh mana isu ini mampu bertahan sehingga PRU15 diadakan. Jika lambat lagi (diadakan) saya fikir rakyat akan mudah lupa atau ada isu lain yang boleh ‘menelan’ isu banjir ini.

“Seperti yang kita tahu isu kluster kayangan sebelum ini turut mencetuskan kemarahan rakyat. Namun keadaan kembali reda sebab rakyat dah lupa dan sekarang timbul isu banjir pula,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri mengakui berlaku kelewatan dalam urusan bantuan kepada mangsa yang terjejas termasuk di Selangor tetapi ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Bukan sengaja dilewatkan, saya tidak pernah nafikan ada masalah kelewatan daripada segi memindahkan orang.

“Saya tidak salahkan netizen yang membuat aduan, saya berterima kasih kepada orang ramai yang terus mengadu kepada saya,” katanya.

Malah beliau turut mengarahkan menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti supaya membatalkan percutian masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.

Tegasnya, menteri yang kini berada di luar negara juga diarah membuat penerbangan balik ke tanah air dengan segera. - Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad