Berita Terkini

7 jam yang lalu: Reman penganggur penggal kepala ibu dilanjutkan 4 hari 7 jam yang lalu: Dana RM10 juta bantu pengoperasian FAM - Ahmad Faizal 7 jam yang lalu: Seekor penyu spesies agar jantan dewasa ditemukan mati di perairan Pulau Kapas, di Marang 7 jam yang lalu: Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, 90 keluarga terima bantuan RM1,000 10 jam yang lalu: DUN Johor bubar: Langkah seterusnya akan diambil oleh Speaker DUN untuk maklum pada SPR - MB

IKUTI KAMI


Jangan Sekadar ‘Wayang’ Turun Padang, Agenda Perubahan Iklim Perlu Diperkasakan

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 8:38AM

Malaysia perlu lebih bersedia dan menjadikan banjir luar jangka di Lembah Klang ini sebagai iktibar. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ wajar menjadikan bencana banjir besar di kawasan Lembah Klang sebagai pengajaran bagi memperbaiki dasar pembangunan yang dilaksanakan, ketika ini.

Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung berkata, tafsiran bahawa bencana alam yang berlaku di kawasan itu sebagai luar biasa perlu dipadamkan, agar segala siap siaga dapat dilakukan oleh semua pihak khususnya kerajaan.

Menurut beliau, seharusnya banjir besar yang berlaku di Jerman, Amerika Syarikat, Iraq, Sudan Selatan dan Congo-Brazzaville, baru-baru ini dijadikan iktibar bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memandang serius isu perubahan iklim.

“Banjir kali ini dilihat telah pun meragut puluhan nyawa rakyat kita, dan ia bukan sahaja melanda tempat biasa seperti Kuantan, Temerloh dan Raub, namun turut berlaku di tempat yang jarang berdepan bencana itu seperti Taman Sri Muda, Shah Alam, Karak dan juga sebahagian Bentong, Pahang.

“Ini bererti apa yang dianggap sebagai luar biasa dan mustahil berlaku telah pun menjadi satu kebiasaan dan akan menjadi semakin kerap,” katanya kepada Getaran, hari ini.

 Lee Chean Chung
Lee Chean Chung

Chean Chung menegaskan, arahan Perdana Menteri supaya Jemaah Menteri membatalkan percutian ke luar negara dan ‘wayang’ turun padang menunjukkan kegagalan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat sejak awal bencana tersebut.

Paling penting, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu itu menegaskan kerajaan harus mengakui kelemahan dasar pembangunan yang diamalkan, di samping memandang serius tentang agenda perubahan iklim serta bertindak segera terhadap perkara terbabit.

“Persoalannya, adakah kerajaan akan terus menunggu banjir berlaku setiap tahun, ataupun bertindak? Pembatalan cuti dan gimik turun padang tidak dapat menyelamatkan harta serta nyawa rakyat. 

“Adakah kerajaan mengakui bahawa isu perubahan iklam adalah satu isu yang benar, ataupun sekadar puas dengan lawatan menteri dan pemberian pampasan yang tidak setimpal dengan kerugian,” soalnya.

Sehubungan itu, Chean Chung mencadangkan kerajaan menggubal dasar perubahan iklim dan melakukan advokasi dalam mengurangkan pengeluaran karbon di negara ini.

“Pengeluaran karbon berkait rapat dengan suhu dunia dan kemudian menjadikan iklim bumi semakin tidak stabil, malah kesannya akan dirasai dengan bencana banjir kilat, musim kemarau berpanjangan dan taifun yang tidak menentu. 

“Justeru, Malaysia wajar menyahut cabaran sedunia ini dengan menerajui agenda perubahan iklim dan sasaran pengurangan pengeluaran karbon,”katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan adalah wajar untuk kerajaan menilai semula dasar pembalakan bagi tujuan pembangunan, kerana kemusnahan hutan tanpa kawalan akan mengakibatkan bencana alam tidak menetu bakal berlaku.

“Sebagai contoh, mengikut pengiraan dengan menggunakan Laporan Kewangan Pahang 2020, saya dapati 26 peratus hasil Pahang datang daripada kegiatan pembalakan dan perlombongan. Peratusan ini harus dikurangkan serta digantikan dengan hasil yang lebih mapan.

“Selain itu, operasi menyelamat yang kelam kabut dan tidak diselaraskan wajar dijadikan ikhtibar kepada kerajaan bagi merombak semula institusi dalam peranan penebatan, pencegahan, penyelamatan, bantuan serta pembinaan semula,” katanya. – Getaran, 27 Disember 2021.

Sorotan

1

88 Kilogram Ganja Dirampas, Babit Cubaan Seludup Di Sempadan

2

PM, Peja Doakan Kesihatan Tun M

3

5 Resipi Baharu Harus Cuba Untuk 2022

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Tidak Perlu Beri Penjelasan Rasmi Gugur Khairuddin - Abdul Hadi

oleh Ana Maria Yusof

Semasa 1 hari yang lalu

Netizen Kecam Jawapan Radzi ‘Nasi Putih, Kuah’ Bukan Makanan RMT

oleh Aiman Sadiq

Sukan 1 hari yang lalu

Dedah Aktiviti Dron Seawal Usia Remaja, Bina Sikap Lebih Positif

oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Semasa 1 hari yang lalu

Dokumen Palsu, Pembantu Penguatkuasaan Agensi Kerajaan Ditahan Bantu Siasatan

oleh Rafisqi Radhi