Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tindakan PM Minta Anggota Kabinet Bantu Rakyat Dianggap Lucu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 9:05PM

Pasukan keselamatan membantu menyelamatkan mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, baru-baru ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memanggil pulang anggota Kabinetnya yang sedang bercuti di luar negara untuk berkhidmat kepada mangsa terjejas banjir, menunjukkan kelemahan pemimpin kerajaan.

Ketua Eksekutif Yayasan Generasi Malaysia (YGM), Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya mengeluarkan arahan itu kerana sebagai menteri dan timbalan menteri, mereka adalah wakil rakyat yang seharusnya mengetahui peranan sendiri.

“Apabila rakyat sedang susah, mereka kena berada dengan rakyat untuk menghulurkan segala bantuan diperlukan, jadi tak perlu Perdana Menteri telefon atau pastikan golongan ini balik dan sebagainya.

“Bagi saya ini sebenarnya menunjukkan kelemahan wakil rakyat terbabit dan secara peribadi saya menganggapnya sebagai satu jenaka,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Ismail Sabri ketika ditemu ramah media seperti dipaparkan menerusi video berdurasi 15 saat dikongsinya di Twitter, mengarahkan anggota Kabinet yang bercadang melancong ke luar negara supaya membatalkan perancangan itu.

Beliau turut meminta pemimpin yang berada di luar negara ketika ini, pulang segera untuk membantu rakyat terjejas banjir.

“Saya arahkan mana-mana menteri' bercadang untuk bercuti ke luar negara untuk batalkan dan menteri berada di luar negara ketika ini pulang segera bagi bersama-sama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan,” katanya menerusi keterangan di video berkenaan.

Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi
Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi

Mohamad Nizam berkata, walaupun tindakan Perdana Menteri itu sememangnya baik, langkah berkenaan sudah terlambat kerana sepatutnya beliau meminta pemimpin kerajaan membatalkan percutian dan turun padang membantu rakyat sejak awal musibah berkenaan melanda.

Sikap seolah-olah tidak prihatin ditunjukkan segelintir anggota Kabinet itu, katanya, membuatkan rakyat akan menilai mereka, terutama pada zaman masyarakat semakin bijak memahami politik negara.

Malah, situasi politik semasa menyaksikan cerita dan pendekatan politik seperti digunakan 10 atau 20 tahun lalu sudah tidak relevan untuk mengambil hati serta memperkotak-katikkan rakyat.

“Zaman politik ini rakyat semakin bijak, jangan nak main-main dengan rakyat, mereka boleh bertindak tanpa wakil rakyat, contohnya seperti apa yang berlaku ketika bencana banjir, iaitu kita tengok di media sosial wujud slogan ‘rakyat bantu rakyat'.

“Mana menteri, mana wakil rakyat yang sepatutnya bersama dengan rakyat, ada ke, tak ada kan, tapi rakyat tetap mampu bertindak,” katanya. 

Ditanya pandangannya adakah kewujudan slogan ‘rakyat bantu rakyat’ menunjukkan rakyat semakin penat dengan sikap segelintir pemimpin politik yang ‘lepas tangan’ dalam membela kebajikan mereka selepas memperoleh mandat, Mohamad Nizam mengakui perkara itu.

Tegas beliau, slogan itu sebagai isyarat jelas yang menunjukkan rakyat sudah tidak kisah atau enggan lagi mengharapkan wakil rakyat membantu mereka ketika berdepan kesusahan.

Beliau berkata, rakyat sebaliknya mulai yakin bahawa tindakan segera diambil mereka lebih mampu membantu dan menyelamatkan golongan berdepan musibah.

“Contoh ketika saya melawat kawasan banjir di Shah Alam, rakyat yang menjalankan misi bantuan di situ maklumkan lebih baik mereka sendiri yang bertindak pantas untuk membantu menyelamatkan mangsa daripada menunggu bantuan tidak kunjung tiba, walaupun mereka sendiri ada keluarga perlu diselamatkan.

“Jadi sikap pemimpin itu adalah isu yang sangat besar, rakyat memang sudah penat. Selepas ini bukan rakyat kena fikir banyak kali untuk memilih wakil rakyat, sebaliknya individu mahu menjadi wakil rakyat kena berfikir secara mendalam sebab mereka akan dihukum kalau gagal menjalankan tanggungjawab,” katanya.

Mengulas isu sama, wakil Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), Asraf Sharafi berkata, tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi banjir seharusnya mencukupi dan tidak sepatutnya menjadi isu, memandangkan fenomena alam itu dialami setiap hujung tahun.

Jelasnya, ditambah sikap segelintir menteri dan timbalan menteri yang tidak peka dan mungkin ‘pekak’ memahami penderitaan rakyat, bencana itu serta kesannya gagal dapat dikendalikan dengan baik.

Asraf berkata, setiap jam yang dibazirkan untuk menanti anggota Kabinet itu pulang dan turun padang bertemu mangsa banjir, menyaksikan rakyat semakin menderita.

“Isu bencana banjir ini bukan baharu dan sememangnya setiap hujung tahun ada negeri akan dilanda banjir, tetapi tahap kesiapsagaan kita seperti tidak cukup.

“Ditambah dengan sikap menteri dan timbalan menteri yang tidak peka, malah mungkin pekak dengan derita rakyat. Setiap jam dibazirkan untuk mengarahkan pak menteri dan timbalan menteri ini pulang, kos harus dibayar adalah derita rakyat,” katanya.

Menurut Asraf, situasi sukar itu menyebabkan bergema semula kata-kata bahawa rakyat tidak memerlukan menteri dan timbalan menteri untuk membantu mereka, sebaliknya boleh menjaga antara satu sama lain.

“Sekiranya politikus masih lembab, memang mereka akan siap dihukum pada pilihan raya umum (PRU) nanti,” katanya. - Getaran, 26 Disember 2021

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sempadan Malaysia – Thailand Di Sungai Golok ‘Dikawal’ Kereta Perisai, Dron

Politik 10 jam yang lalu

Calon PH Tumpu Usaha Pujuk Pengundi KKB Keluar Mengundi

oleh Diyana Nawwar

Semasa 22 jam yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

Semasa 11 jam yang lalu

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi