web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beberapa Menteri Batal Cuti, Tiba Di Tanah Air

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 3:55PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT - Beberapa menteri Kabinet yang bercuti ke luar negara telah membatalkan cuti mereka dan kembali ke tanah air.

Tanpa memberikan nama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memaklumkan perkara itu berkata menteri-menteri berkenaan kini sedang dikuarantin.

“Ada dua, tiga yang telah pulang. Mereka ini merancang ke luar negeri lebih awal sebelum banjir berlaku dan sebelum arahan (batal cuti) dikeluarkan.

“Saya tidak mahu sebut siapa, tetapi mereka kini telah balik dan saya nasihatkan mereka kuarantin dahulu untuk keselamatan. Isnin atau Selasa mereka akan keluar,” katanya ketika ditanya media mengenai perkara itu selepas meninjau kerja-kerja pascabanjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut memaklumkan beliau sendiri membatalkan rancangannya untuk melaksanakan umrah yang sepatutnya pada 1 Januari depan.

Katanya lagi, ada dalam kalangan menteri yang telah berada di luar negara membatalkan cuti mereka, tetapi masih tidak dapat pulang ke tanah air kerana ketiadaan penerbangan.

Terdahulu, Perdana Menteri mengeluarkan arahan menteri Kabinet yang sedang atau merancang bercuti supaya membatalkan cuti mereka sehingga bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.

Ia disusuli Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengarahkan semua Ketua Setiausaha setiap kementerian serta Ketua Pengarah setiap jabatan dan agensi yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti membatalkan percutian masing-masing, berkuat kuasa serta-merta. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad