web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Rebat 100 Peratus 'One-Off' Bil Elektrik Disember

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 12:44PM

Ismail Sabri meninjau kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, Hulu Langat, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT - Rebat 100 peratus secara sekali beri atau one-off bagi bil elektrik bulan Disember diberikan kepada pengguna domestik bagi meringankan beban mangsa banjir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sebanyak 72,000 pelanggan domestik terjejas akan menerima manfaat daripada rebat yang akan diberi Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

"Ini tidak melibatkan kilang, ia untuk rumah-rumah. Ini lanjutan kepada bantuan yang diberikan, jadi bil elektrik Disember diberikan rebat.

"...Saya juga telah minta TNB untuk membantu kediaman milik B40 yang terjejas akibat banjir apabila bekalan elektrik disambung semula," katanya.

Beliau berkata sejak Jumaat lepas, syarikat utiliti itu telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma di rumah terjejas banjir di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Selain itu, Ismail Sabri berkata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan menyediakan servis menunda kenderaan secara percuma bagi kenderaan Perodua berdasarkan insurans kenderaan itu.

Beliau berkata bayaran upah buruh untuk membaiki dan servis kenderaan yang dihantar ke pusat servis Perodua adalah percuma dan bayaran alat ganti pula diberikan diskaun 50 peratus.

"Saya difahamkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan berunding lagi dengan syarikat-syarikat kereta yang lain seperti Proton (Proton Holdings Bhd) dan sebagainya.

"Saya harap syarikat-syarikat lain boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Perodua dan kalau lebih baik daripada itu pun kami mengalu-alukan," katanya pada sidang media selepas meninjau kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua, di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan kerajaan bakal menambah peruntukan bagi membaiki kerosakan kediaman dan infrastruktur akibat banjir sebagai tambahan kepada peruntukan awal RM100 juta. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad