Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dakwaan Hanya Lambai Tangan Kepada Mangsa Banjir Satu Fitnah - MB Pahang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Dec 2021 12:27PM

Wan Rosdy menafikan beliau hanya melambaikan tangan, tanpa berhenti untuk bertemu penghuni Taman Chegar Medang, semasa mengadakan lawatan di Bentong, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Walaupun mangsa banjir mengesahkan bahawa Menteri Besar Pahang hanya sekadar melambai tangan ketika melakukan lawatan di Bentong, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tetap bertegas mengatakan dakwaan tersebut hanya fitnah semata-mata.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah bertindak pantas bagi memastikan operasi menyelamat dan bantuan segera dapat diterima oleh rakyat di Pahang. 

"Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan misi bantuan banjir kerajaan negeri Pahang di media sosial, pasti maklum mengenai tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri. 

"Video yang dibuat mengatakan saya hanya melambai dari dalam kereta adalah satu laporan yang tidak benar dan berat sebelah," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, seorang penduduk Taman Chegar Medang di Bentong, Pahang memaklumkan ternampak konvoi Menteri Besar di kawasan kediamannya, tetapi beliau hanya sekadar melambai, tanpa berhenti untuk bertemu penghuni kawasan berkenaan.

Dalam pada itu menerusi hantaran berbeza, Wan Rosdy memaklumkan, beliau turut melakukan lawatan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan, selain turun padang bagi melihat keadaan Bentong termasuk Chegar Medang.

"Saya berkesempatan melawat beberapa lokasi termasuklah di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia, PPS Dewan Bukit Dinding, PPS Surau Industri Benus, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Piatu, Balai Polis Karak dan Kg Chegar Medang. 

"Sepanjang perjalanan, saya dapat lihat sendiri keadaan rumah, kedai, kereta, motosikal dan pelbagai kemudahan lain yang ditenggelami air ketika banjir baru-baru ini. Saya pasti ini adalah antara bencana banjir yang terburuk dalam sejarah di Bentong. Semoga penduduk Bentong diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menempuhi ujian besar ini," katanya. 

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan wang tunai khas RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan akibat banjir.

"Walaupun sumbangan ini tidak mampu menampung kerosakan dan kerugian akibat banjir, namun diharapkan ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terlibat," katanya. 

Sementara itu, Presiden Gerakan Anak Pahang Bersatu (Gerap1), Fazreen Mohd Ali terkejut dengan laporan terbabit yang disifatkan sebagai berita palsu dan sengaja diada-adakan untuk menghuru-harakan keadaan. 

Beliau berkata, penduduk di sana mengakui bahawa Wan Rosdy telah turun melawat sekitar perumahan tersebut dan meluangkan masa antara 30 hingga 45 minit. 

”Apa yang kami dapati ialah tiada isu Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Pahang tidak turun dan hanya melambai-lambai dari kereta. Gerap1 juga telah berjumpa sendiri dengan Mak Cik Salimah Wahab dan anak saudaranya, Mohd Fadzil yang telah ditemuramah ketika itu. 

"Mereka menyatakan hanya memberitahu bahawa Menteri Besar tidak berhenti di depan rumah mereka dan hanya melambai, bukannya merujuk kepada seluruh kawasan," katanya. 

Jelasnya, mereka juga mengetahui bahawa Wan Rosdy berada di sekitar kawasan perumahan terbabit selepas menerima makluman daripada jiran.

"Namun, kami terkejut apabila cerita ini disensasikan. Justeru, dakwaan itu merupakan laporan bersifat fitnah dan jelas melanggar etika kewartawanan.

"Jika Gerap1 boleh turun mendapatkan penjelasan, mengapa tidak portal berkenaan dapatkan kesahihan dahulu sebelum membuat laporan," soalnya. 

Difahamkan, sumber yang diambil oleh portal tersebut adalah daripada parti MUDA yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

“Gerap1 sekali lagi memberi amaran kepada semua individu dan media untuk tidak mencampur aduk urusan politik dengan bencana banjir. Dalam rakyat sedang kesusahan, laporan seperti ini lah yang membuat keadaan makin rumit. 

"Lantaran itu Gerap1 memberi tempoh 24 jam untuk hantaran berkenaan ditarik semula dan membuat kenyataan maaf, atau tindakan saman diambil kerana kita cukup bukti Menteri Besar ada dan turun di kawasan tersebut," katanya. - Getaran, 26 Disember 2021.

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain โ€“ PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti โ€“ PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

oleh Diyana Nawwar

Politik 12 jam yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 1 hari yang lalu

1.7 Juta Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Israel

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara