web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Omicron Tunggu Masa Dominasi Malaysia - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 12:11PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Varian Omicron hanya 'menunggu masa' untuk mendominasi negara, jika tidak ditangani dengan segera selepas ia dikesan sudah berada dalam komuniti.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, berbanding varian Delta, Omicron berkemampuan menjangkiti individu dengan lebih pantas.

Menurutnya, berdasarkan kajian, Omicron mampu menjangkiti individu lain dalam jangka masa 48 jam selepas terdedah kepada virus berkenaan.

“Selepas 48 jam dijangkiti, seseorang individu yang terdedah akan mula menunjukkan simptom seperti selesema, keletihan dan sakit kepala iaitu sama seperti sakit biasa.

“Sudah tentu ia akan menjadi varian yang dominan di negara ini seperti yang berlaku di kebanyakan negara luar.

“Ia hanya menunggu masa seperti yang kita hadapi ketika varian Delta menyerang sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut Dr Sazaly lagi, simptom Omicron juga seakan-akan 'halimunan' disebabkan ia hanya boleh dikesan menerusi ujian saringan COVID-19 dan tidak menyebabkan seseorang individu yang dijangkiti mengalami peningkatan suhu badan.

“Penggunaan pengimbas suhu sudah tidak lagi berkesan untuk menentukan seseorang itu dijangkiti COVID-19 atau tidak.

“Sebaliknya, satu-satunya cara terbaik untuk menentukan seseorang itu dijangkiti atau tidak adalah dengan menjalani ujian saringan COVID-19 sama ada PCR atau RTK.

“Justeru, saya sarankan sesiapa saja yang mengalami simptom seperti selesema, keletihan dan sakit kepala pergilah jalani ujian saringan COVID-19 dengan segara,” katanya.

Beliau turut menasihatkan supaya individu yang mengalami simptom seperti dinyatakan, untuk menjalankan kuarantin kendiri bagi mengelakkan ia menjangkiti orang lain.

Sementara itu, Dr Sazaly turut menggesa kerajaan supaya menguar-uarkan simptom baharu dialami pesakit COVID-19, selaras dengan senario yang menyaksikan rakyat perlu hidup bertemankan wabak tersebut, apabila memasuki fasa endemik.

“Selain itu, saya juga menyarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat kempen penggunaan ujian saringan COVID-19 kendiri yang boleh didapati di farmasi dengan betul.

“Hal ini disebabkan kita mendapati, orang ramai masih tidak tahu cara yang betul untuk menggunakan kit ujian saringan kendiri ini.

“Banyak kes yang kita dapat, mereka sebenarnya positif tapi memperoleh keputusan negatif ketika melakukannya sendiri,” katanya. - Getaran, 26 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad