web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di PPS, Di 5 Negeri Menurun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 8:32AM

Salah seorang penduduk, Nafi Yunus melihat air banjir di halaman rumahnya di Kampung Semangat, Kuantan, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir di 233 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri menurun kepada 37,526 orang pada 10 malam tadi, berbanding 40,738 orang mangsa  di 257 PPS pada 6 petang semalam.

Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa melibatkan 11,019 keluarga.

Di SELANGOR, aplikasi InfoBencana JKM memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 16,743 melibatkan 3,693 keluarga di 87 PPS berbanding 16,953 mangsa yang ditempatkan 88 PPS petang semalam.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di lima daerah iaitu di Gombak; Hulu Selangor; Petaling; Hulu Langat dan Sepang sehingga 11 malam tadi.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan seramai 21,726 orang mangsa banjir masih ditempatkan di 148 PPS di daerah Kuantan, Bera, Pekan, Maran, Temerloh dan Bentong setakat 8 malam.

Sekreteriat itu turut memaklumkan 36 jalan masih ditutup di empat daerah, antaranya di Temerloh melibatkan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Jalan Gemas-Temerloh dan Jalan Temerloh-Mentakab, selain di Pekan melibatkan Jalan Teluk Ganchong Lepar, Pelak-Belimbing dan Jalan Mentiga Terapai.

Di daerah Maran, antara jalan ditutup ialah Jalan Pekan Sehari Kampung Awah, Jalan Serengkam dan Jalan Kampung Wau/Kertau, manakala di Bera melibatkan Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Bohor Bahru, Jalan Charuk Puting-Guai selain Jalan Triang Satu.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula menyatakan tiga sungai kekal berada di paras melebihi bahaya iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Sungai Kundang (Maran) dan Sungai Bera (Bera), dengan trend menurun setakat 8.30 malam.

Di KELANTAN setakat 10 malam tadi jumlah mangsa banjir kekal seramai 685 orang daripada 222 keluarga melibatkan lima PPS kesemuanya di jajahan Pasir Mas.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya manakala dua sungai berada paras waspada iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu adalah 203 individu daripada 56 keluarga, dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu setakat malam tadi.

Di MELAKA jumlah mangsa banjir kekal 29 daripada sembilan keluarga setakat 8 malam.

Pengarah APM Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata hanya satu PPS dibuka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Kampung Parit Penghulu di Jasin.

“Kesemua mangsa kini berada di PPS tersebut manakala di Alor Gajah, semua PPS telah ditutup,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad