web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Abang Viva’ Terharu Sumbangan Orang Ramai, Dilema Mahu Terima Hadiah Kereta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 7:01PM

Azwan Omar atau 'Abang Viva' sanggup turun dari Melaka, semata-mata untuk membantu mangsa banjir di negeri lain. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selesai misi di Selangor, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ meneruskan operasi bantuan ke Pahang yang turut dilanda bencana banjir baru-baru ini.

Pemuda berusia 29 tahun itu ketika dihubungi Getaran, memberitahu dia berada di Temerloh, Pahang ketika ini.

“Saya dah tiga hari dekat Pahang. Hari pertama sampai tu saya tak dapat nak pergi mana-mana. Saya terperangkap.

“Nak masuk Temerloh tak boleh, nak masuk Mentakab pun macam tu juga sebab air naik. Tapi sekarang saya dekat Temerloh. Alhamdulillah air banjir pun dah surut,” katanya.

Azwan menggunakan bot memancingnya untuk membantu mangsa banjir. - Gambar dari media sosial
Azwan menggunakan bot memancingnya untuk membantu mangsa banjir. - Gambar dari media sosial

Walaupun bah sudah surut di Temerloh, Azwan berkata, dia kini fokus membantu penduduk terjejas melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

“Hari ini saya ada kerja sikit di sini, bantu penduduk buat kerja pembersihan. Pelan lepas ni saya pun tak tahu lagi.

“Lokasi saya tak tetap, saya sentiasa bergerak ikut banjir. InsyaAllah saya mungkin ke Mentakab. Kalau ada orang panggil saya akan datang,” katanya.

Keputusan spontan anak bongsu empat beradik itu yang sanggup datang ke Shah Alam dari Melaka bagi menyelamatkan mangsa banjir dengan hanya berbekalkan wang saku RM50 mengundang sebak warganet.

Majoriti rakyat Malaysia kagum dengan usaha murni pemuda luar biasa ini sehingga ada yang menggelarnya sebagai ‘unsung hero’.

Sejak itu, namanya sering menjadi bualan hangat warganet dan empunya badan turut trending di Twitter hari ini.

Begitupun, Azwan berkata dia tidak mengharapkan perkara seperti itu berlaku.

“Saya datang nak bantu seikhlas hati. Tidak pernah terlintas di fikiran saya akan jadi seperti ini. Saya sendiri pun terkejut bila ramai orang cerita tentang saya di Facebook dan Twitter.

“Sekarang saya bila saya berhenti di kawasan ramai orang, ada sahaja yang menegur. Mereka tanya ini ‘Abang Viva’ yang viral tu ye? Ada juga yang ajak bergambar,” katanya.

Malah beliau terkejut apabila dimaklumkan ada individu mahu menghadiahkan sebuah kenderaan sebagai menghargai jasanya.

“Ada nak bagi kereta, La Illaha Illa Allah. Saya tak buka Facebook, tak buka Twitter. Saya tak sanggup tengok muka sendiri. Saya tak sangka sampai jadi macam ni sekali.

“Kalau ada yang call saya tak jawab, yang mana WhatsApp saya tak reply tu saya minta maaf sebab saya tak dengar. Saya atas bot tengah buat kerja. Banyak saya terlepas dekat situ tapi saya cuba balas satu-satu waktu malam atau ketika masa rehat saya. Itupun tak pernah habis saya balas,” katanya.

Azwan (belakang, tengah) bersama keluarganya.
Azwan (belakang, tengah) bersama keluarganya.

Mengenai hadiah kereta, Azwan berkata dia masih dalam dilema kerana banyak perkara perlu diambil kira.

“Saya pun tak tahu, banyak kena ambil kira. Dengan maintenance, road tax, minyak lagi. Saya pun bukan orang senang nak pakai sampai dua kereta. Saya pakai Viva ni pun dah paras-paras hidung dah ni.

“InsyaAllah saya akan pertimbangkan sebab pemberian orang tak elok juga tolak mentah-mentah. Tapi itulah, amanah orang pada saya akan jadi lebih besar. Saya takut saya tak boleh buat lebih lagi,” katanya.

Pada masa sama, Azwan turut menghargai sumbangan orang ramai kepadanya sebaik sahaja kisahnya tular di media sosial.

“Duit sumbangan orang ramai memang saya tak nak terima, tapi mereka minta saya ambil buat belanja makan, minum dan beli minyak kereta dan juga bot.

“Saya amat hargai tapi saya tolong seikhlas hati. Jadi sumbangan itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir,” katanya.

Poster yang memaparkan Azwan sebagai 'unsung hero' yang membantu menyelamatkan mangsa banjir. - Gambar dari media sosial
Poster yang memaparkan Azwan sebagai 'unsung hero' yang membantu menyelamatkan mangsa banjir. - Gambar dari media sosial

Menurut pemuda yang bekerja sebagai operator mesin itu, dia mungkin terpaksa menyambung cuti jika situasi banjir di Pahang masih belum pulih sepenuhnya.

“Kalau ikutkan hari ini (cuti habis). Esok memang cuti tapi itulah tengok keadaan banjir dekat sini.

“Kalau tak mengizinkan saya akan sambung cuti lagi. Majikan OK lagi untuk masa sekarang tapi tak tahulah lepas ini,” katanya.

Umum mengetahui banjir yang melanda Selangor dan Pahang amat luar biasa kali ini, tetapi ia nyata tidak sesekali melunturkan semangat anak jati Alor Gajah itu.

“Ini misi menyelamat pertama saya menggunakan bot. Saya tawakal dan berserah pada Allah sebab ajal maut Dia yang tentukan.

“Alhamdulillah mak ayah pun tak bantah, mereka reda keputusan saya. Saya terharu sebab Allah sentiasa lindungi saya disebabkan doa orang ramai dan sudah tentu doa mak ayah saya,” katanya sebak.

Terdahulu, seorang usahawan kosmetik meminta bantuan warganet untuk mengesan Azwan kerana mahu menghadiahkannya sebuah kereta.

“Kecemasan. Ada tak sesiapa yang boleh hubungi Abang Viva? Saya ada WhatsApp beliau, tetapi tak ada respon.

“InsyaAllah saya nak hadiahkan kereta baharu untuk Abang Viva. Semoga dipermudah urusan dia membantu lebih ramai orang. Tolong Sha,” kata wanita dikenali sebagai Sha Hasan itu menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini. - Getaran, 25 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad