web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


500 Anggota ATM Bantu Bersihkan Kawasan Terjejas Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 5:01PM

Affendi Buang (tengah) pada sidang media sidang media Ops Murni di Shah Alam, Alam hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menambah 391 lagi anggota menjadikan keseluruhan 500 anggota terbabit proses bantuan pasca banjir di Taman Sri Muda di sini dan Kampung Bukit Lanchong, Subang Jaya. 

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata sebelum ini sejumlah 109 anggota diatur gerak bagi membersihkan kawasan terjejas banjir itu.

"Trup ATM ini akan membuat penumpuan kepada kerja-kerja pembersihan fasiliti awam seperti rumah ibadat dan sekolah yang terjejas," katanya pada sidang media Ops Murni di sini, hari ini. 

Affendi Buang - Gambar Alif Omar
Affendi Buang - Gambar Alif Omar

Menurut Affendi, ATM akan mengatur gerak aset termasuk pengorek kaut dan lori jongket serta aset tambahan lain yang diselaraskan bagi kerja-kerja pembersihan tersebut. 

"Kami akan selaraskan kerja ini dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi tujuan itu," katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan aset ATM di Pahang, beliau berkata pihaknya menggerakkan aset-aset mobiliti lasak yang sesuai digunakan bagi tujuan pengangkutan. 

"Antara aset terlibat seperti kenderaan trak tujuh dan tiga tan yang boleh meredah banjir selain penggunaan bot-bot tempur ATM,” katanya. 

Dalam pada itu, Affendi memaklumkan kerja-kerja pembinaan jambatan sementara Compact Bailey Single Lane (CB 200) di Kampung Bemban, Jelebu, Negeri Sembilan akan dimulakan sebaik proses tambak tebing selesai dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya.   

Affendi berkata ATM sehingga kini masih mengekalkan kekuatan satu kompeni melibatkan lima pegawai dan 97 anggota yang diletakkan dalam keadaan kesiapsiagaan di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan tambahan. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar