web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angin Kencang Diramal Di Beberapa Kawasan Hingga Hujung Tahun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 3:46PM

MET Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan ombak besar kategori kuning di beberapa kawasan hingga hujung bulan ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan ombak besar kategori kuning diramalkan melanda di kawasan pesisir laut sekitar Pantai Timur Semenanjung dan Labuan sehingga 31 Disember ini.

Antara kawasan yang diramalkan dilanda keadaan itu adalah Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Tioman, Utara Bunguran, Tenggara Reef North, Utara Reef South, Labuan, Palawan dan Sulu.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan MET Malaysia, kawasan terbabit diramalkan dilanda angin kencang hingga mengakibatkan ombak besar kategori pertama (kuning) yang mampu membawa angin hingga mencapai kelajuan 50 kilometer per jam.

Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan ombak besar setinggi 3.5 meter di kawasan yang terbabit.

Amaran dikeluarkan bermula hari ini sehingga 31 Disember depan.

Menurut MET Malaysia keadaan angin kencang dan laut bergelora terbabit adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Justeru, semua aktiviti berkenaan dinasihatkan untuk dihentikan sementara waktu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini menimpa kepada orang awam.

Sementara itu, MET Malaysia juga mengeluarkan amaran angin kencang kategori kedua (jingga) diramalkan melanda Pulau Layang-Layang di Sabah.

Berdasarkan maklumat agensi terbabit, kategori jingga berkenaan diramalkan membawa angin kencang sehingga mencapai 60 kilometer per jam selain mengakibatkan ombak besar setinggi 4.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata agensi terbabit. - Getaran, 25 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad