web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Kesal SKMM Diperalat Tutup Mulut Rakyat, Gesa Pertukaran Kepimpinan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 3:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang membuat permintaan kepada Twitter untuk membuang ciapan rakyat yang mengkritik tindakan kerajaan dalam menangani banjir baru-baru ini terus dikecam hebat.

Terbaru, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa agar pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SKMM digugurkan segera dari jawatan mereka.

“Dalam era 5G yang bakal tiba, kerajaan dan badan-badan seperti SKMM perlu faham bahawa demokrasi dan suara rakyat perlu dihormati dan dirai.

“Malah rakyat tidak patut sesekali digugat atau diugut seperti yang berlaku sekarang,” kata mereka menerusi satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Malah kata mereka, lebih dikesali SKMM diperalat kerajaan untuk menutup mulut rakyat terutamanya ketika rakyat sedang tenat dan sengsara akibat banjir.

“Tindakan SKMM ini bersifat anti-demokratik dan mengingatkan kami tentang sifat kuku besi diktator yang pernah rakyat Malaysia lihat dahulu.

“Kita tidak patut dan tidak boleh kembali ke zaman itu lagi, apatah lagi apabila negara sedang merangka masa depan yang berpaksikan digitalisasi dan teknologi maklumat yang lebih terbuka,” kata mereka.

Mereka turut menyifatkan tindak balas kerajaan terhadap kritikan tersebut bukan sahaja gagal meningkatkan mutu perkhidmatan menteri-menteri, sebaliknya cuba menghukum dan menutup mulut rakyat.

“Apakah kritikan-kritikan ini begitu menggugat keselamatan negara, sehingga SKMM terpaksa meminta Twitter memadam kritikan para netizen ini?

“Kerajaan dan SKMM khususnya perlu diingatkan bahawa rakyat berhak bersuara terutamanya mengenai isu kos sara hidup, bencana, mahupun kepincangan kepimpinan di Putrajaya,” kata mereka.

Sementara itu, mereka turut meluahkan kekesalan terhadap kegagalan kerajaan dalam menangani krisis banjir sehingga menyebabkan ramai mangsa terjejas tidak mendapat bantuan semasa dan pasca banjir.

“Kegagalan kerajaan Persekutuan telah menerima kritikan di media sosial khususnya menteri yang begitu layu dan lemah dalam respon menyelamat dan membantu mangsa sehingga diberi gelaran ‘pelancong banjir’.

“Jadi, kami mendesak kerajaan untuk bertindak lebih tegas dengan pemberian bantuan kewangan yang mesti melebihi apa yang diberi kerajaan-kerajaan negeri,” katanya.

Mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga 41 mangsa korban banjir di seluruh negara.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan angka korban akibat banjir di seluruh negara meningkat kepada 46 mangsa setakat jam 4 pagi tadi.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi seramai 25 mangsa, diikuti Pahang 18 dan Kelantan tiga.

“Seramai lima lagi mangsa dilaporkan masih hilang akibat musibah luar biasa itu sehingga kini,” katanya. - Getaran, 25 Disember 2021

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad