web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Ahli Parlimen Hulu Langat Langgar SOP Kuarantin Disiasat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2021 1:17PM

Hasanuddin (kanan) melawat mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, semalam. - Gambar dari Facebook Hasanuddin Mohd Yunus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat dakwaan bahawa Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah sebaik pulang dari luar negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya masih menyiasat mengenai dakwaan Hasanuddin mengingkari arahan kuarantin selama tujuh hari selepas dilihat keluar melawat kawasannya di Hulu Langat yang terjejas teruk akibat banjir.

Menurutnya, KKM sedang meneliti senario sebenar berhubung kes Hasanuddin sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Dia sebelum ini memohon pengecualian kuarantin di rumah untuk perjalanan antara 8 hingga 12 Disember bagi menyertai Sidang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul.

"Pengecualian itu diluluskan kerana protokol ujian dan pelepasan yang kita ada untuk perjalanan rasmi.

"Bagaimanapun, Hasanuddin tiba di negara ini pada 22 Disember lalu, maka permohonan asalnya untuk pengecualian di rumah bertindih kerana kita dapati beliau turut membuat perjalanan dari Turki ke Iran dan Pakistan,” katanya pada sidang media KKM hari ini.

Bagaimanapun, menurut Khairy, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) telah menghantar e-mel kepada Hasanuddin pada 20 Disember lalu untuk memaklumkan permohonannya bagi kuarantin di rumah diluluskan.

“Jadi kita sedang menyiasat mengenai perkara ini, jika beliau ternyata melanggar SOP kuarantin di rumah kita hanya boleh mendendanya sebanyak RM1,000,” katanya.

Terdahulu, Hasanuddin dikecam oleh rakyat Malaysia selepas beliau memuatnaik gambar dipercayai percutiannya ke sebuah kawasan pergunungan yang terletak di Iran di Facebook miliknya, ketika penduduk Hulu Langat sedang berhadapan banjir besar.

Difahamkan, gambar tersebut kemudiannya dipadamkan selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata Menteri yang diarahkan pulang serta merta seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu menjalani kuarantin sebaik tiba di tanah air.

"Buat masa ini, mereka perlu jalani kuarantin, walaupun dipanggil pulang. Namun sangat penting untuk kita berwaspada dan hati-hati. Maka perkara itu (kuarantin) masih terpakai," katanya.

Semalam, Ismail membatalkan cuti akhir tahun semua Menteri dan mengarahkan mereka yang sedang bercuti termasuk berada di luar negara atas urusan kerja untuk kembali sehingga situasi banjir selesai.

"Saya dapat banyak soalan mengenai menteri-menteri Kabinet yang ada bercuti, jadi mereka yang masih belum bercuti batalkan percutian masing-masing. Mana yang ada di luar negara, balik segera," tegasnya. - Getaran, 25 Disember 2021

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad