web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuti KSU, Ketua Pengarah Dibatalkan Serta-Merta - KSN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 7:44PM

Tan Sri Mohd Zuki Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Cuti semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan dan agensi kerajaan dibatalkan serta-merta, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan arahan pembatalan cuti bagi anggota Kabinet dan mengarahkan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara, supaya pulang segera.

“Saya turut mengarahkan semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah Jabatan/Agensi bagi perkara yang sama berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata ini bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggembleng tenaga dalam memastikan kesiapsiagaan seluruh jentera kerajaan untuk mengharungi keadaan semasa negara demi rakyat.

Ismail Sabri dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Bentong, Pahang hari ini berkata menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan cuti masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjawat Awam Dinilai Melalui Sistem DEEP Bermula Tahun Ini - KSN

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sesi Town Hall Perjelas isu Dalam LKAN Dihidup Semula - KSN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KSU, KP Perlu Berani Tamat Perkhidmatan Kontraktor Berprestasi Rendah - KSN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar