web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Pernah Minta Rizal Runding Dapatkan Rasuah Berhubung Projek Solar - Rosmah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 6:46PM

Rosmah hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah meminta bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor berunding bagi pihaknya untuk mendapatkan rasuah RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar di Sarawak.

Rosmah, 70, sebaliknya berkata sekiranya beliau ingin berbuat demikian, beliau akan meminta bantuan daripada suaminya sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ketika itu perdana menteri.

“Saya tidak pernah minta dia (Rizal) untuk berunding bagi pihak saya. Setahu saya dia hanyalah seorang staf.

“Kalau saya hendak perkara itu (dapatkan rasuah), mengapa saya perlu berunding menerusi Rizal? Saya memiliki seorang suami yang tidur dengan saya. Saya tidak boleh minta beliau melakukannya? Sama ada dia (Najib) setuju atau tidak, itu terpulang kepada beliau.

“Saya tidak pernah mempergunakan dia (Rizal), itu tidak betul. Buat apa saya nak gunakan dia, suami saya ada. Siapa Rizal Mansor?,” katanya.

Rosmah berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kader pada prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah bagaimanapun berkata suaminya telah beberapa kali memberi amaran kepadanya supaya tidak terlibat dalam urusan perniagaan dengan mana-mana kontraktor.

“Datuk Najib memberitahu saya, anda hanyalah sekadar seorang isteri kepada saya.

“Sekiranya mereka (kontraktor) perlukan sesuatu, mereka perlu berjumpa dengannya. Dia (Najib) berkata, ‘ini kawasan saya, anda hanya buat kebajikan’.

“Datuk Najib jenis seorang yang cakap lembut, dia tidak pernah menjerit (pada saya). Beliau bercakap dengan saya secara amat sopan tetapi saya tahu apa yang beliau maksudkan,” katanya.

Sementara itu, Rosmah berkata beberapa individu telah menuding jari dan menjadikannya sebagai kambing hitam serta berkonspirasi untuk mengenakan beliau, keluarga dan memalukan suaminya, Najib.

Menjawab soalan Akberdin, Rosmah berkata individu itu adalah Rizal, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, bekas KSU Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad dan bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Rosmah berkata Mahdzir telah menyalahgunakan jawatannya selain mendakwa beliau (Mahdzir) pernah meminta wang daripada Saidi.

“Madinah telah membuat kesalahan dari segi undang-undang berhubung pemberian tender (kepada Jepak) dan beliau memohon supaya SST (Surat Setuju Terima) dikeluarkan sebelum beliau bersara.

“Alias pula telah melanggar tatacara dan undang-undang berhubung pemberian kontrak daripada Kementerian Pendidikan kepada Jepak, Rizal yang mengaku di mahkamah ini menerima wang RM500,000, dibebaskan oleh mahkamah manakala Saidi yang banyak menipu dan memberi wang kepada Rizal tidak diambil tindakan,” katanya yang turut memaklumkan kesemua individu itu sepatutnya didakwa ke mahkamah atas kesalahan dilakukan.

Dalam pada itu, Rosmah berkata apa yang dikatakan Rizal ketika memberi keterangan di mahkamah ini adalah tidak benar.

“Dia (Rizal) penipu dan itu sahaja cara untuk dia melepaskan diri dengan menjadi ‘crown witnesses’ kepada pendakwaan. Saya yang jumpa dua individu ini (Saidi dan rakan kongsinya Rayyan Radzwill Abdullah) kurang dua tiga minit, saya yang kena,” katanya.

Pada 18 Februari, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Rosmah menghadapi satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Jana Kuasa/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 10 Januari depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

2

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

4

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad