web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak-Anak Mangsa Banjir Diceriakan Dengan Aktiviti ‘Storytelling’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 5:00PM

Seorang sukarelawan Untuk Malaysia membantu mengisi masa lapang kanak-kanak mangsa banjir di PPS. - Gambar ihsan ZF Zamir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) Untuk Malaysia tampil dengan bantuan dari sudut berbeza untuk menceriakan anak-anak mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Cyberjaya.

Mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti penceritaan, membaca dan melukis ternyata mampu mengukir senyuman di bibir anak-anak terbabit di kala dirundum musibah.

Pengarah Urusan Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir atau ZF Zamir, berkata idea untuk mengadakan aktiviti tersebut di PPS merupakan alternatif lain selepas mendapati pelbagai NGO tampil memberikan bantuan seperti tenaga kerja dan barangan keperluan kepada mangsa.

Dengan kerjasama KinderKaizen, Untuk Malaysia berjaya mengadakan sesi penceritaan untuk anak-anak mangsa banjir di PPS Cyberjaya. - Gambar ihsan ZF Zamir
Dengan kerjasama KinderKaizen, Untuk Malaysia berjaya mengadakan sesi penceritaan untuk anak-anak mangsa banjir di PPS Cyberjaya. - Gambar ihsan ZF Zamir

Menurutnya, dengan kerjasama KinderKaizen di bawah seliaan Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, mereka berjaya mengadakan sesi penceritaan untuk anak-anak mangsa banjir di PPS Cyberjaya.

“KinderKaizen menghantar empat orang gurunya dari Kota Warisan yang berpengalaman dengan kanak-kanak, jadi aktiviti ini berjalan dengan amat lancar untuk hari pertama ini.

“Kita tidak meletakkan apa-apa harapan cuma inilah usaha kami untuk membantu meringankan bebanan ahli keluarga mangsa banjir memandangkan anak-anak mereka tidak mempunyai sebarang aktiviti.

“Alhamdulillah, respon mereka amat baik dan kira-kira 25 kanak-kanak di situ (PPS Cyberjaya) juga nampak gembira dengan kehadiran kami ke sana,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menurut beliau lagi, Untuk Malaysia juga sedang menyusun beberapa lagi sesi penceritaan di beberapa PPS lain antaranya di Puchong, Kota Kemuning dan beberapa lagi.

“Jika ikutkan keadaan banjir sekarang sudah semakin pulih, jadi dalam masa dua ke tiga hari ini kami akan cuba mengadakan beberapa sesi lagi di PPS yang berhampiran untuk menjalankan aktiviti ini kepada anak-anak mereka.

“Jika ramai lagi mahu aktiviti sebegini diadakan di PPS mereka, kita boleh mengaturnya dengan bantuan sukarelawan kita,” katanya. - Getaran, 24 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad