web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Jun 2022, Kerajaan Tidak Akan Berlembut Lagi Isu PATI

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 12:23PM

Gambar fal AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau program seumpamanya selepas ia tamat pada 30 Jun tahun depan.

Sebaliknya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengambil tindakan sangat tegas terhadap PATI yang didapati melanggar undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata, tindakan sangat tegas itu akan diambil terhadap PATI yang didapati berada di dalam negara secara tidak sah.

“Semua PATI perlu sedar dan menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia tidak menerima keberadaan mereka di dalam negara ini tanpa dokumen yang sah dan teratur.

“Oleh itu, dengan pelanjutan tempoh Program Rekalibrasi Pulang sehingga 30 Jun 2022, saya berharap agar PATI yang masih belum tampil ke hadapan mengambil kesempatan ini untuk  pulang ke negara asal secara sukarela dan terhormat,” katanya di Facebook miliknya, hari ini.

Menurut Hamzah, sejak program dilaksanakan mulai Disember 2020 seramai 192,281 orang PATI telah berdaftar untuk pulang secara sukarela.

Manakala 162,827 orang telah pulang ke negara asal masing-masing.

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh masa pelaksanaan Program Rekalibrasi Pulang sehingga 30 Jun tahun depan.

Keputusan itu dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada kelmarin. - Getaran, 24 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Krisis BERSATU: Hamzah Zainudin Dipecat, Boleh Merayu Dalam Tempoh 14 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Setiausaha Politik Didakwa Lagi, Tuduhan Rasuah Berkaitan Tender PDRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Terima Rasuah RM350,000, Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin Mengaku Tidak Bersalah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad