web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


44 Lagi Kematian Baharu Akibat COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 12:16PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 44 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Menurut data dari laman sesawang COVIDNOW, 10 daripada 44 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ini menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kini meningkat kepada 31,265 dengan 6,316 membabitkan BID.

Perak mencatatkan bilangan kematian tertinggi semalam iaitu sebanyak 14 kes termasuk satu kes BID.

Tujuh kematian direkodkan di Pulau Pinang, enam kes termasuk dua BID di Selangor dan masing-masing empat kematian di Terengganu dan Kuala Lumpur.

Tiga kematian turut direkodkan di Kelantan, manakala dua lagi di Pahang dan masing-masing satu di Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah.

Tiada kematian akibat COVID-19 direkodkan di Melaka, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak 47,863 kes aktif dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Daripada jumlah itu, kira-kira 39,940 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 3,946 individu lagi dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala 3,648 pesakit pula menjalani rawatan di hospital.

Dalam pada itu, kira-kira 329 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 179 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat semalam, sebanyak 176,463 dos vaksin COVID-19 diberikan membabitkan 167,684 dos penggalak, sebanyak 5,275 dos lengkap dan 3,504 dos pertama.

Sehingga kini, kira-kira 56,576,586 dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk di negara ini. - Getaran, 24 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad