web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah ‘Ditelan’ Air, Mangsa Banjir Di Mentakab Pasrah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 11:28AM

Mangsa banjir, Wardiana Bucin, 53, dari Kg Batu Kapor, Mentakab, Pahang, ketika ditemui di pusat penempatan sementara (PPS) SMK Seri Semantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Tiada apa yang mampu diungkapkan oleh penduduk Kg Batu Kapor, di sini, selain keluhan mengenangkan kediaman mereka yang ditenggelami air dalam banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 50 tahun.

Jelas terpancar kegusaran di wajah mereka ketika ditemui Bernama di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Mentakab, pada Khamis.

“Ketika ini kami tidak dapat melakukan apa-apa selain menunggu air surut untuk pulang memeriksa rumah. Kami pasrah dan reda,” kata seorang mangsa Wardiana Bucin, 53.

Rumahnya yang diduduki bersama suami dan dua anak lelaki bongsunya mula dinaiki air pada Sabtu (18 Disember) dan tenggelam sepenuhnya pada Isnin.

Walaupun kampung berkenaan dilanda banjir hampir setiap tahun, namun Wardiana berkata bencana kali ini luar biasa, memandangkan paras air paling tinggi direkodkan pada Januari lepas kira-kira sejengkal daripada siling rumahnya.

“Biasanya kami letak barang elektrik di bahagian siling yang dibina untuk banjir, tetapi kali ini nampaknya tiada barang yang selamat, sebab rumah habis tenggelam,” katanya.

Seorang lagi mangsa Siti Zubaidah Md Nazari, 33, berkata rumah yang didiami bersama ibu dan dua adiknya juga tenggelam sepenuhnya dan masih tidak kelihatan sehingga Khamis.

“Rumah saya bersebelahan dengan rumah datuk dan rumah kakak sulung saya. Ketiga-tiganya tenggelam dan rumah datuk saya yang diperbuat daripada papan, hanyut dibawa arus deras,” katanya.

Tambah Siti Zubaidah, keluarganya juga hanya sempat membawa beberapa helai pakaian dan dokumen penting semasa berpindah ke PPS, kerana air naik terlalu pantas.

“Boleh dikatakan ketika-tiga rumah kerugian keseluruhan. Tetapi ketika itu kami hanya memikirkan tentang nyawa, yang penting semua ahli keluarga kami selamat,” kata kakaknya, Zarina Md Nazari, 38.

Tinjauan Bernama di kampung berkenaan pada petang Khamis, mendapati paras air hanya surut kira-kira 1 meter, manakala puluhan rumah masih tenggelam hingga paras bumbung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar