web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua Mangsa Banjir Boleh Ambil Bantuan Di PPS - Rina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 4:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Semua mangsa banjir tidak kira sama ada yang tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau selainnya, boleh datang mengambil bantuan yang ditempatkan di PPS, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata tidak timbul isu hanya mereka yang tinggal di PPS layak menerima bantuan yang disediakan kerajaan dan disumbangkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ada antara mereka (mangsa banjir) ni tidak tinggal di PPS tetapi terjejas dengan banjir dan memerlukan bantuan.

“Saya dah arahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (membantu) walaupun kita tahu bantuan-bantuan yang diberikan khusus untuk mereka yang duduk di PPS, namun masih ada yang tidak berpindah ke PPS tetapi memerlukan bantuan,” katanya di sini hari ini.

Rina berkata mangsa banjir yang tidak tinggal di PPS hanya perlu datang dan mendaftar di PPS untuk  rekod mendapatkan bantuan yang diperlukan dan bantuan yang ada akan diagih bersama.

Terdahulu, dalam satu hantaran di Facebook Cikgu Fadli Salleh berkongsi video yang menunjukkan lambakan barang sumbangan orang ramai yang tidak dibenarkan diambil orang luar dan hanya dikhususkan untuk mangsa banjir di PPS sahaja.

Sementara itu, Rina berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berhasrat menghulurkan tenaga membantu mangsa banjir dinasihatkan untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada koordinator di PPS bagi memudahkan penyelarasan tugas dan bantuan.

Mengulas keluhan NGO yang mendakwa dihalang oleh pihak tertentu ketika mereka masuk ke kawasan banjir untuk memberi bantuan, beliau berkata PPS mempunyai koordinator dan apa yang perlu dilakukan ialah mendapatkan koordinator untuk memaklumkan bahawa NGO tertentu akan memberi bantuan.

Pada masa sama beliau berharap tidak ada pihak yang menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan mempolitikkan isu berkenaan yang kadang-kadang tidak dapat dipastikan siapa yang menghalang tetapi akhirnya tempelak dibalikkan kepada kerajaan.

Sementara itu, Rina berkata JKM turut menempatkan kaunselor bertauliah untuk membantu dari segi psikososial mangsa banjir di setiap PPS dan pihaknya akan mengeluarkan senarai kaunselor yang boleh dihubungi mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan kaunseling.

“Ini kerana, mereka bukan sahaja kehilangan harta benda tetapi dari segi masalah psikologi yang memerlukan bantuan psikososial.

“Dalam keadaan sekarang kami faham emosi mangsa terganggu jadi perlu untuk mereka ini dibantu,” katanya sambil menambah kira-kira 1,200 kaunselor sudah digerakkan di PPS Kuala Lumpur dan Selangor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad