web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Negara Lulus Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan MA63

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 2:24PM

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Negara, hari ini.

Rang undang-undang itu memperoleh sokongan 49 senator masing-masing ketika belah bahagian pada bacaan kali kedua dan ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Negara.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim memaklumkan undi belah bahagian perlu dijalankan berikutan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan menetapkan pindaan rang undang-undang itu pada bacaan kali kedua dan ketiga memerlukan undi tidak kurang dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Dewan Negara.

Beliau berkata tiada ahli dewan itu yang tidak menyokong rang undang-undang berkenaan selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan manakala lima senator tidak hadir.

Rang undang-undang itu telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 14 Dis, dengan majoriti lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat selepas memperoleh sokongan 200 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan 199 undi menyokong ketika belah bahagian pada bacaan kali ketiga.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata amalan meraikan Hari Malaysia pada 16 Sept hanya untuk Sabah dan Sarawak adalah kurang tepat, sebaliknya ia perlu diraikan oleh semua negeri. 

“Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk meminta supaya tiap-tiap negeri meraikan hari itu (Hari Malaysia) di samping kita meraikan (Hari Kebangsaan pada) 31 Ogos yang ada juga dalam perlembagaan,” katanya.

Seramai lapan Ahli Dewan Negara terutamanya dari Sabah dan Sarawak mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu. 

Sementara itu pada sidang media, Wan Junaidi berkata dengan kelulusan di peringkat Dewan Negara hari ini maka pindaan perlembagaan berkaitan MA63 telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan kini menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum ia dilaksanakan mengikut undang-undang yang telah dipinda.

"Saya sangat berbesar hati kepada semua pihak. Kami yang berdiri di sini adalah sebahagian daripada sejarah untuk meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 ke dalam perlembagaan, mengiktiraf Perjanjian Malaysia itu sendiri serta untuk Sabah dan Sarawak merealisasikan perjanjian-perjanjian yang terletak dalam Perjanjian Malaysia itu.

"Maka saya berterima kasih kepada ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat oleh kerana sokongan padu kepada rancangan kerajaan secara konsensus di pihak Sabah dan Sarawak dan juga persekutuan untuk merealisasikan harapan dan impian rakyat Sabah dan Sarawak, hari ini menjadi satu kenyataan, tidak ada halangan lagi," katanya.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dibuat bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Rang undang-undang itu antara lain memberi manfaat yang dapat menjelaskan kedudukan negeri Sabah dan Sarawak dalam persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963, selain turut memberi pengiktirafan kepada perjanjian itu dalam Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini tiada rujukan dibuat Perlembagaan Persekutuan.

Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 melibatkan pindaan kepada:

i. Peruntukan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan;

ii. Tafsiran the Federation di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;

iii. Tafsiran baharu Malaysia Day di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan; dan

iv. Peruntukan perenggan (a) Fasal (6) dan Fasal (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

2

Rencana 1 tahun yang lalu

MA63: Kejayaan Tunai 11 Tuntutan Beri Sinar Untuk Rakyat Borneo

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar