web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Mangsa Di Pahang, Selangor, Meningkat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 8:30AM

Mangsa banjir memilih pakaian yang disumbangkan orang ramai di (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang dan Selangor meningkat malam tadi manakala Kuala Lumpur dan empat negeri lain menunjukkan penurunan. 

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 38,086 orang di 270 PPS di sembilan daerah setakat 8 malam ini, berbanding 36,841 orang di 267 PPS petang semalam.

Setakat ini, daerah Kuantan mencatatkan bilangan mangsa tertinggi diikuti Temerloh, Bentong, Bera, Jerantut, Pekan, Lipis, Maran dan Raub.

Bagi negeri SELANGOR, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan setakat 8.13 malam,  sebanyak 22,015 mangsa banjir daripada 5,773 keluarga ditempatkan di 109 PPS, menunjukkan peningkatan, berbanding 21,385 mangsa banjir daripada 5,510 keluarga petang semalam.

Dalam pada itu, paras Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat kini berada di paras bahaya dengan ketinggian 4.6 meter setelah melebihi aras ditetapkan iaitu 4.2 meter setakat 7.45 malam tadi.

Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu menurun kepada 327 individu daripada 88 keluarga di lima PPS bagi daerah Seremban dan Jelebu setakat 8 malam tadi.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir malam tadi sedikit berkurangan iaitu sebanyak 252 orang daripada 70 keluarga berbanding 257 orang daripada 72 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak, semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata 109 mangsa masih berada di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan dan 143 lagi berada di PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

Jumlah mangsa banjir di KELANTAN juga menunjukkan penurunan setakat 9 malam tadi, apabila 1,559 orang daripada 532 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Pasir Mas, berbanding 1,782 orang daripada 603 keluarga, petang semalam.

Portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan hanya dua sungai utama berada pada paras bahaya melibatkan jajahan Pasir Mas iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan 9.18 meter (m) dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang (9.14 m). 

Sementara itu di KUALA LUMPUR, sebanyak 312 orang daripada 75 keluarga ditempatkan di dua PPS, manakala mangsa banjir di MELAKA kekal 150 orang daripada 37 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Alor Gajah dan Jasin, setakat 8 malam tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad