web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: 86 Kes Lagi Dikesan Dalam Kalangan Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 9:14PM

Seorang petugas memberikan pelitup muka kepada mangsa banjir yang ditempatkan di sebuah PPS di Selangor - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 86 kes COVID-19 dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhannya 267 kes setakat 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, 75 daripada 86 kes yang dilapor hari ini, dikesan melalui saringan kemasukan ke pusat pemindahan sementara (PPS) manakala selebihnya adalah kes COVID-19 sedia ada dan sedang menjalani kuarantin sebelum kejadian banjir.

"Setakat ini tiada kejadian kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS," katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan situasi COVID-19 hari ini.

Beliau berkata kesemua kes itu diasingkan daripada mangsa banjir yang lain dengan menempatkan sembilan kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hospital (12), PPS kuarantin (62) manakala tiga kes menjalani kuarantin di rumah.

Dr Noor Hisham berkata kejadian banjir juga berisiko meningkatkan jangkitan penyakit yang lain seperti keracunan makanan iaitu acute gostroenteritis (AGE), tifoid, dan kolera; penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD); leptospirosis; jangkitan saluran pernafasan akut (ARI); penyakit kulit dan denggi.

Menurutnya, setakat ini, sejumlah 203 kes ARI, 73 kes penyakit kulit, 19 kes AGE, 12 kes demam, dua kes cacar air dan 55 kes penyakit berjangkit lain melibatkan mangsa banjir dilaporkan ke Bilik Gerakan Banjir Kebangsaan.

"Bagaimanapun, tiada kes konjunktivitis, tifoid, kolera, HFMD, leptospirosis dan denggi yang dilaporkan sehingga kini," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya cakna akan risiko penyakit berkaitan banjir yang mungkin terjadi dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebaik mungkin bagi membendung penularan COVID-19.

Antaranya, memaklumkan status risiko COVID-19 kepada agensi tindak balas sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan.

"Memakai kasut yang bertutup, seelok-eloknya kasut keselamatan sewaktu melakukan proses pembersihan pasca banjir. Elakkan daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar.

"Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutamanya bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu yang mempunyai komorbiditi," katanya.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku peningkatan kes COVID-19 berikutan SOP yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya akibat banjir.

Bagaimanapun, KKM akan sentiasa memantau keadaan ini dari semasa ke semasa dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya agar penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya COVID-19 dapat dibendung," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad