web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Kecewa Sikap Kerajaan Kendali Banjir, Anggap Tindakan Lembap

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 9:05PM

Anwar Ibrahim melawat mangsa banjir di Padang Jawa dan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam hari ini. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan sikap dan cara kerajaan memimpin negara ini, tatkala rakyat berdepan bencana banjir.

Beliau berkata, tindakan lembap kerajaan Pusat menerusi agensinya, terutama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan penyelarasan kucar-kacir mengendalikan bencana terbabit, nyata menambah kerumitan krisis dialami rakyat itu.

Katanya, situasi terbabit juga mencetuskan malapetaka tadbir urus.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kelewatan dalam menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyaksikan beberapa pegawai bertindak sendiri dalam membantu mangsa terkesan.

"Beberapa kelemahan utama berhubung tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana itu kini terpampang jelas. Penyelarasan lemah antara pasukan sukarelawan dan angkatan tentera hanya menambah kekeliruan serta kekecewaan.

“Setakat hari ini, 17 mangsa dilaporkan maut di Selangor dan lapan mangsa di Pahang, manakala lebih 60,000 kehilangan tempat tinggal tanpa ada tanda jelas berhubung keadaan rumah serta tahap kelangsungan hidup mereka seusai banjir surut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, krisis itu adalah mimpi buruk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana malapetaka tadbir urus terbabit melatari 100 hari pentadbirannya.

“Kegagalan demi kegagalan dalam mengurus bencana ini hanya menonjolkan tahap keupayaan sebenar kerajaan yang dikemudi beliau,” katanya.

Menurut Anwar, kerajaan dan pimpinan yang gagal menonjolkan kebersamaan dengan rakyat sejak awal bencana itu, tidak akan mampu memberi keyakinan kepada semua bahawa mereka mampu melonjakkan negara ke arah pemulihan, termasuk pandemik COVID-19 yang masih mengganas.

Sewaktu beliau turun padang mengagihkan bantuan kepada rakyat terkandas katanya, pelbagai babak luar biasa didengar dan disaksikan.

"Saya turut berkongsi kekecewaan rakyat berkenaan kelemahan kerajaan dalam menangani krisis terbabit.

"Perubahan iklim dan tahap kesedaran masyarakat yang lemah terhadap peranan serta kepentingan alam sekitar akan menyaksikan peningkatan amat dasyat, terutama membabitkan aspek terjadinya bencana alam pada masa depan," katanya.

Masyarakat juga, tegas beliau, tidak mampu untuk memikirkan dan menyiasat punca sebenar kelemahan itu dalam situasi banjir yang melanda sejak minggu lalu.

Anwar menarik perhatian, Perdana Menteri, mesti mengambil tindakan untuk segera menubuhkan jawatankuasa Diraja, termasuk di peringkat Parlimen dalam menambahbaik tahap kesiapsiagaan bencana.

“Dalam masa sama, kerajaan dituntut untuk membantu rakyat mendapatkan semula rumah mereka yang dibadai banjir dan tidak memandang remeh soal pemulihan.

“Kerajaan mesti mempunyai sikap ketelusan dan kebertanggungjawaban tinggi kepada orang ramai serta mesti mengadakan sidang media harian bagi mengemaskini situasi semasa banjir dan langkah menyelamat,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan Pusat juga didesak untuk memperbetulkan ketempangan Majlis Keselamatan Negeri Selangor supaya kuasa dan peranan Menteri Besar dalam mengemudi krisis itu dikembalikan.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pelbagai inisiatif dan peruntukan bantuan RM100 juta yang digerakkan kerajaan Selangor kepada mangsa banjir,” katanya. - Getaran, 21 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad