web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 71,000 Mangsa Banjir Dilaporkan Di 7 Negeri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 8:52PM

Penduduk setempat meninjau situasi semasa di kawasan rumah mereka sebelum kembali ke PPS di Kampung Tersang Rantau Panjang, Kelantan, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 71,876 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri setakat petang ini, dengan Selangor dan Pahang terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir.

Keadaan banjir di Selangor turut menyebabkan penutupan tiga Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)  melibatkan daerah Petaling dan Kuala Langat, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi hantaran di laman Facebook.

Penutupan CAC di Petaling melibatkan Klinik Kesihatan (KK) Seksyen 19, Shah Alam yang akan dipindahkan operasinya di KK Puchong Batu 14, Puchong dan KK Taman Medan, manakala CAC di daerah Kuala Langat membabitkan KK Jenjarom dan KK Bukit Changgang, dipindahkan perkhidmatannya ke KK Telok Datok, Banting.

Setakat 4.30 petang tadi, jumlah mangsa di Selangor meningkat kepada 26,247 orang daripada 7,413 keluarga yang ditempatkan di 134 PPS.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan mangsa banjir turut meningkat kepada 41,455 orang yang berada di 278 PPS melibatkan sembilan daerah, dengan Kuantan terus menjadi daerah paling teruk terjejas banjir.

Laluan di dua lebuh raya utama Pahang yang dinaiki air sejak Ahad lalu juga masih tidak boleh dilalui iaitu di Bentong ke Karak bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lanchang ke Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Di KUALA LUMPUR, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata 350 orang masih berada di PPS, melibatkan 287 mangsa di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sarazwathy Lembah Pantai; PPS Kelab Sultan Sulaiman (55) dan PPS Dewan Jalan Hamzah (lapan).

Katanya, beberapa laporan berkaitan tanah runtuh telah dikenal pasti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan 47 lokasi antaranya di Jalan Bukit Ledang, Damansara; Jalan Pantai Permai; Jalan Perkasa, Taman Salak Selatan; Jalan Parlimen; Semantan Villa; dan Seri Duta 1, Bukit Tunku.

“Pihak Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) telah dilantik oleh DBKL untuk membuat kajian bagi mengenal pasti tindakan penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata selain itu, DBKL juga mengenal pasti lokasi pokok tumbang dan dahan serkah menerusi siasatan di tapak, serta aduan awam dengan lebih 40 lokasi telah dibersihkan.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor dalam kenyataan berkata 766 orang daripada 188 keluarga masih berada di enam PPS melibatkan daerah Jelebu, Port Dickson dan Seremban, setakat 4 petang.

Di KELANTAN, Sekretariat Pengurusan Bencana dan Operasi APM negeri Zainuddin Hussin berkata jumlah mangsa banjir menunjukkan penurunan setakat 6 petang dengan 2,617 orang daripada 815 keluarga, berbanding 3,667 orang daripada 1,101 keluarga pada tengah hari tadi.

Sebanyak 15 PPS dibuka melibatkan dua jajahan di negeri itu iaitu 10 di Pasir Mas dan lima di Kuala Krai.

Di MELAKA, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin berkata jumlah mangsa banjir turut mencatatkan penurunan kepada 173 mangsa daripada 44 keluarga petang ini.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata hanya tiga PPS masih beroperasi selepas tiga lagi PPS di daerah Alor Gajah ditutup pada petang ini iaitu PPS Balai Raya Kampung Paya Lebar, PPS Surau Sri Jeram dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.

Di PERAK, 268 mangsa banjir masih ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak selepas kediaman mereka masih digenangi air, menurut jurucakap APM dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad