web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Peruntuk RM100 Juta Bantu Mangsa Banjir - Amirudin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 6:29PM

Amirudin Shari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM100 juta susulan banjir yang melanda hampir keseluruhan negeri sejak Sabtu lalu.

Dana tersebut bukan saja digunapakai bagi membaik pulih infrastuktur yang terjejas, malah turut disalurkan kepada mangsa banjir di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan itu turut membabitkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat banjir.

Selain itu, menurut beliau, mangsa banjir yang terjejas juga bakal menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 untuk setiap keluarga.

“Sumbangan akan diagihkan kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman dan barangan mereka yang rosak akibat banjir,” katanya pada sidang media khas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Amirudin berkata, peruntukan terbabit akan diterima oleh setiap isi rumah mangsa banjir tanpa ‘memilih bulu’.

“Sumbangan akan diberikan kepada mereka yang terjejas banjir sama ada yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdaftar atau tidak, mahu pun yang terus menetap di rumah masing-masing.

“Jadi mangsa akan menerima sebanyak RM2,000 setiap keluarga iaitu daripada kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, 17 individu termasuk seorang sukarelawan disahkan menjadi korban banjir di Selangor setakat ini.

“Sepuluh mangsa dilaporkan meninggal dunia di Klang, empat di Sepang dan tiga di Hulu Langat.

“Kita sedang kenal pasti sama ada kematian disebabkan banjir atau mungkin kekurangan ubat dan sebagainya. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga dapat bersabar,” katanya.

Sementara itu, mangsa banjir di Selangor dilaporkan meningkat kepada 30,632 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Mereka ditempatkan di 203 PPS yang diaktifkan sejak Sabtu lalu membabitkan 4,672 keluarga. - Getaran, 21 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 4 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad