web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Musnah Angkara Banjir, AJK Rayu Bantuan Ramai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 12:39PM

AJK dan sukarelawan Masjid Al Ehsan Sungai Serai di Hulu Langat, membersihkan masjid selepas ditenggelami banjir Sabtu lalu. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT - ''Kami betul-betul perlukan sumbangan bagi membina masjid baharu,'' kata Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Ehsan Sungai Serai Hulu Langat, Muhamad Asyraf Abdul Wahab.

Menurut beliau, banjir tahun ini umpama mimpi ngeri apabila air naik sehingga ke paras kubah masjid.

''Kami dimaklumkan oleh AJK veteran masjid, banjir yang paling teruk terjadi di Hulu Langat 30 tahun lalu, tetapi paras air tidak pernah naik sehingga ke kubah masjid. 

''Kesemua barangan keperluan masjid, termasuk  sistem siar raya (PA System), karpet yang baru dibeli, mimbar, televisyen, kamera litar tertutup (CCTV), AL-Quran, dokumen penting dan tabung sumbangan masjid sudah tidak boleh digunakan lagi,'' katanya ketika ditemui Getaran.

AJK dan sukarelawan membantu membersihkan masjid yang dipenuhi lumpur, selepas air surut.
AJK dan sukarelawan membantu membersihkan masjid yang dipenuhi lumpur, selepas air surut.

Jelasnya, masjid tersebut sering digunakan oleh AJK untuk ceramah  yang dilakukan secara atas talian menerusi penstriman langsung di Facebook, khususnya apabila negara mula berdepan penularan COVID-19.

"Saya berharap orang ramai dapat tampil memberikan sumbangan supaya masjid baharu dapat dibina di kawasan yang lebih strategik dan lebih penting, terlindung daripada ancaman banjir.

"Sebelum ini, setiap kali dilanda banjir, ia akan menenggelamkan ruang solat masjid, malah struktur bangunan yang ada juga sudah usang keran dimamah usia," katanya.

Muhamad Asyraf Abdul Wahab
Muhamad Asyraf Abdul Wahab

Menurut Muhamad Asyraf, mereka sememangnya sudah merancang untuk membina masjid baharu, namun dana diperoleh masih belum mencukupi.

Ditanya berapakah jumlah yang diperlukan untuk pembinaan masjid tersebut, beliau memberitahu ia menelan belanja sekurang-kurangnya RM20 juta.

''Kami berharap, masjid yang akan dibina ini dapat menyelesaikan masalah banjir dan menampung lebih ramai jemaah.

"Masjid itu nanti juga boleh dijadikan tempat berteduh bagi mangsa banjir sekiranya Hulu Langat dilanda bencana seumpama itu pada masa akan datang,'' jelasnya.

Ketika sesi pembersihan dilakukan bermula semalam, lebih 20 orang sukarelawan datang membantu, termasuk anggota bomba, AJK masjid serta penduduk kampung berdekatan.

Keadaan di dalam Masjid Al Ehsan Sungai Serai, di Hulu Langat.
Keadaan di dalam Masjid Al Ehsan Sungai Serai, di Hulu Langat.

Muhamad Asyraf turut melahirkan harapan agar lebih ramai sukarelawan dari luar datang untuk membantu membersihkan kawasan serta perumahan lain yang terjejas, apatah lagi sesi pembersihan dijangka memerlukan waktu agak panjang untuk selesai sepenuhnya.

''Bagi mana-mana individu ataupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan, mereka boleh layari laman web kami di https://masjidalehsankgsgserai.com/ atau hubungi terus talian 0193864212 atau email ke [email protected],'' katanya. - Getaran, 21 Disember 2021.

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad