web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Prihatin@Grand Seasons, Beri Kelegaan Pada Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 8:03AM

Rumah Prihatin@Grand Seasons menyediakan PPS sementara kepada mangsa banjir di Lembah Klang. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada apa yang lebih menggembirakan buat seorang mahasiswa apabila melihat nenek tersayang mempunyai tempat berteduh yang selesa meskipun kediaman mereka ditenggelami banjir.

G.Muguthen, 24, yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Prihatin@Grand Seasons di sini berkata beliau bersyukur kerana diberi layanan yang baik oleh petugas.

“Saya sudah dua hari tinggal di Rumah Prihatin@Grand Seasons. Saya gembira dapat berlindung di sini walaupun hati berasa agak sedih mengenangkan semua harta benda rosak akibat banjir,” kata pelajar Management and Science University itu kepada Bernama di sini semalam.

Bagi chef sebuah hotel di Putrajaya, Norahafizzah Anowar, 32, biarpun kediamannya tidak terjejas teruk akibat banjir, namun keadaan semasa bencana menyebabkan beliau dan keluarga memilih untuk berlindung di Rumah Prihatin@Grand Seasons bagi mengelakkan terperangkap.

“Saya tinggal di flat di Cheras Jaya, Balakong dan sudah sehari berada di sini bersama suami dan dua anak. 

“Untuk keselesaan dan keselamatan anak saya yang masih kecil, saya ambil keputusan untuk tinggal dan berlindung di sini (Rumah Prihatin@Grand Seasons) buat sementara waktu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin@Grand Seasons, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata pihaknya menyediakan beberapa jenis bantuan seperti pek makanan, bank makanan, tempat perlindungan sementara selain kaunselor untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dari segi emosi.

Beliau berkata Rumah Prihatin@Grand Seasons terus memainkan peranan proaktif dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan dengan menggerakkan lebih 100 orang sukarelawan.

“Bagi penginapan sementara di sini pula, mangsa banjir boleh menetap sehingga rumah mereka telah pulih dan dibersihkan, mengikut keperluan dan situasi mereka. Kita sentiasa terbuka untuk mana-mana sukarelawan atau badan bukan kerajaan (NGO) datang menyalurkan bantuan atau sumbangan.

“Mana-mana mangsa banjir yang memerlukan bantuan, boleh menghubungi hotline Rumah Prihatin@Grand Seasons di talian 1 800 88 7997,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar