web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korban Banjir Pahang, Mayat Mangsa Hanyut Bersama Kereta Akhirnya Ditemui

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 3:53PM

Mayat Mohd Helmi ditemui pasukan mencari dan menyelamat JBPM Pahang pagi tadi. - Gambar ihsan JBPM Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Mayat seorang operator kilang yang dikhuariti lemas ketika cuba melintas arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi di sini, petang semalam, berjaya ditemui pada jam 7.15 pagi tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa Mohd Helmi Nazlan, 34 ditemui kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian dua hari lalu, mangsa bersama rakannya dilaporkan terkandas dan cuba mengharungi banjir menggunakan kereta Proton Exora yang dipandunya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama rakannya dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Pahang untuk bertugas.

Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin bahagian belakang kereta berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Ketua Balai Timbalan Penguasa Bomba Kamerul Bieza Mohd Kasim sebaik menerima laporan kejadian, ditamatkan sepenuhnya sebaik sahaja mayat mangsa ditemui pagi tadi.

Ini adalah korban kedua banjir di Pahang selepas seorang operator kilang maut, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, M Gunalan, 38, maut ketika cuba mengharung banjir menggunakan motosikal di jalan berhampiran tanah perkuburan Cina Gambang di sini. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad