web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Sakit Hendak Bersalin Antara Mangsa Banjir Berjaya Dipindahkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 3:36PM

Wanita terbabit berjaya dibawa keluar dari kawasan banjir menggunakan bot penyelamat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita sakit hendak bersalin antara mangsa banjir di Taman Sri Muda dekat Shah Alam yang berjaya dipindahkan, malam tadi.

Detik cemas itu dikongsi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Peduli Ummah (SI PEDULI) yang turut serta dalam operasi menyelamat mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Ahlinya, Tan Sri Hasbullah Halil memaklumkan, wanita terbabit berjaya dibawa keluar dari kawasan banjir menggunakan bot penyelamat.

“Di Seri Muda, Shah Alam, Allah uji kita lagi. Bayangkan saat-saat kecemasan begini, dalam keadaan banjir besar melanda, ibu ini dalam kesakitan hendak bersalin dibawa keluar dengan susah payah menaiki bot.

“Alhamdulillah dia berjaya ke hospital dengan selamat hasil kerjasama bersama orang ramai dan NGO termasuk team SI PEDULI.

“Terima kasih banyak kepada sukarelawan dan anggota-anggota uniform yang banyak membantu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sehingga awal petang ini, kerja-kerja menyelamat mangsa terkandas di kawasan Taman Seri Muda masih diteruskan pihak berkuasa terbabit dengan bantuan sukarelawan dan pelbagai NGO.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lebih banyak bot akan digunakan untuk membawa keluar dan memindahkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Bukit Kemuning dan Seri Muda.

“Proses penyelamat akan diteruskan bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam. Segala aset yang sesuai seperti bot telah dikerah untuk membantu proses pemindahan mangsa banjir.

“Saya difahamkan jumlah anggota tentera turut ditambah untuk membantu usaha ini,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter, malam tadi.

Amirudin turut memaklumkan beliau berada di SK Taman Sri Muda selama empat jam bagi membantu operasi memindahkan mangsa yang terkandas. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad