Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Majlis Resepsi Batal, Pengantin Gembira Kongsi Kenduri Dengan Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Dec 2021 1:01PM

Makanan yang ditempah diagihkan pasangan pengantin kepada mangsa banjir di SMK Meru, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan majlis yang sempurna dan meriah di hari bahagia mereka.

Namun pasangan pengantin Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, akur dengan ketentuan Ilahi apabila majlis resepsi mereka terpaksa dibatalkan gara-gara banjir.

Menurut Muhammad Nabil, majlis perkahwinan tersebut sepatutnya diadakan di Grand Gerbang Hall dekat Meru, Klang, semalam tetapi dibatalkan pada saat akhir kerana paras air mulai naik di kawasan berkenaan.

“Tengah malam Jumaat tu memang dah start hujan lebat. Hari Sabtu tu pun keadaan masih sama tapi kami masih nak teruskan majlis dan kurangkan portion tetamu daripada 1,000 ke 500 orang.

“Petang Sabtu tu pihak Grand Gerbang Hall call lagi, mereka minta kami kurangkan lagi makanan dalam 300 pax. Masa tu air dah mula naik dan kami pun tak boleh keluar rumah. Kami hubungi mereka semula minta batalkan tapi dah tak boleh sebab lauk dah siap masak,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Muhammad Nabil berkata dia bersama isterinya sekeluarga yang tinggal di Jalan Salleh dekat Meru, Klang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Meru, kira-kira pukul 5 pagi semalam.

Muhammad Nabil dan Nur Asyiqin selamat diijabkabul pada Jumaat lalu.
Muhammad Nabil dan Nur Asyiqin selamat diijabkabul pada Jumaat lalu.

“Kami dah ada dekat sini sebelum subuh semalam. Ada hampir 1,000 mangsa banjir di sini. Kami dipindahkan sebab air dalam rumah mentua dah naik paras buku lali masa tu.

“Dekat luar jalan, air pun makin tinggi, tak silap paras paha. Tapi sekarang tak tahulah keadaan rumah macam mana,” katanya.

Memandangkan makanan kenduri sudah siap dimasak, Muhammad Nabil dan Nur Asyiqin memutuskan untuk mengagihkan makanan tersebut kepada mangsa banjir yang ditempatkan bersama mereka sekeluarga di SMK Meru.

“Kami berdua decide minta pihak katering bawa lauk dah siap masak ke sini untuk agihkan kepada mangsa banjir.

“Sekurang-kurangnya kami dapat elakkan pembaziran dan pada masa sama kami boleh berkongsi rezeki dengan orang ramai. Alhamdulillah lauk kenduri tu antara makanan terawal yang sampai dekat sini sebelum bantuan makanan lain tiba,” katanya.

Jelas Muhammad Nabil, mereka tidak menduga video mereka mengagihkan makanan yang telah ditempah kepada mangsa banjir di SMK Meru menjadi tular.

“Kami semalam memang tak tengok handphone sebab dekat pusat pemindahan ni ada warga emas dan anak-anak kecil, jadi kami uruskan mereka dulu.

“Lepas Asar tu ada kawan hantar mesej. Kami memang terkejut. Sebenarnya tak sangka sebab kami memang niat nak sedekahkan pada mangsa banjir, tu saja.

Alhamdulillah, terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua. Kami hanya merancang tapi Allah yang menentukan,” katanya.

Video pasangan pengantin itu mengagihkan makanan kepada mangsa banjir di SMK Meru menjadi tular sejak petang semalam.

Pengantin bersama ibu bapa masing-masing.
Pengantin bersama ibu bapa masing-masing.

Tindakan tersebut mendapat pujian ramai dan rata-rata menyifatkan perkahwinan pasangan itu sebagai Wedding of The Year.

Such a beautiful start of a marriage. InsyaAllah,” kata lookweeat.

“Alhamdulillah syukur, Allah angkat darjat perkahwinan sesebuah majlis tu anytime je. Semoga pasangan ukhwah dan sehingga Jannah,” kata Que Annuar.

“Allahu, dalam setiap ujian itu ada rahmat Allah. Allah hadirkan insan-insan macam ni dalam suasana musibah. Alhamdulillah,” kata Muhd Afifuddin.

“MasyaAllah moment wedding paling bahagia,” kata Zainab Norazman. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Suspek Kes Simbah Asid Pada Faisal Halim Ditahan

oleh Fida Ruzki

Semasa 13 jam yang lalu

MCMC Bakal Tingkatkan Capaian Internet Di Pulau Kapas, Pulau Gemia

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Samun Akhyar Rashid - Polis