web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apakah Langkah Mendesak Kerajaan Negeri, Pusat Tangani Banjir Tahunan?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 7:40PM

Sebahagian daripada penduduk Bukit Lanchong yang menjadi sukarelawan untuk misi menyelamatkan mangsa yang terkandas kerana banjir. - Gambar hiasan oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Pihak berkuasa perlu ada tindakan mendesak dalam menangani banjir besar yang sedang melanda di beberapa negeri atau kita semua akan tenggelam,” kata Ketua Biro Perubahan Iklim dan Kelestarian Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (MUDA), Afiqah Zulkifli.

Menurut beliau, tiada tindakan mendesak atau drastik diambil pihak terbabit, malah mereka seolah amat bersahaja berdepan dalam perkara itu walaupun taburan hujan semakin tinggi dan banjir adalah bencana dialami rakyat setiap tahun.

Katanya, bahawa banjir seperti dimaklumi, ialah bencana paling teruk menimpa penduduk di seluruh negara yang bukan sahaja membabitkan kerugian kewangan, bahkan kehilangan nyawa.

“Sama ada ia berpunca daripada taburan hujan tinggi, banjir kilat, banjir akibat monsun atau air pasang, semua ini memberi kesan buruk kepada kesejahteraan awam.

“Dengan kekerapan dan skala banjir yang semakin meningkat, apakah langkah mendesak sudah diambil di setiap peringkat kerajaan tempatan, negeri serta pusat?” katanya.

Afiqah berkata, lebih terkesan, sehingga kini, semua kerugian perlu ditanggung rakyat, seperti kerosakan harta benda, perniagaan dan pertanian.

Afiqah Zulkifli
Afiqah Zulkifli

“Ini semua perlu ditanggung secara individu dek kerana tiada jaminan dan bantuan penuh kerugian kepada mangsa bencana,” katanya.

Justeru, jelasnya, MUDA menyeru agar inisiatif mitigasi dan adaptasi kepada bencana banjir perlu berjalan secara pantas dan diutamakan di semua peringkat pentadbiran kerajaan serta pelan pembangunan.

MUDA, katanya, turut menyeru agar pengurusan bencana di peringkat sebelum, semasa dan selepas kejadian itu membabitkan lebih ramai pihak berkepentingan, kumpulan dan ketua komuniti agar sinergi antara kearifan tempatan serta pihak terlatih dapat dimanfaatkan.

Pada masa sama, Afiqah berkata, pihak pengurusan data risiko dan kecemasan daripada pelbagai pihak diseru dipusatkan secara rasmi bagi tujuan analisis serta pelan strategi lebih terperinci.

“MUDA menyeru agar maklumat mengenai jangkaan bencana, sistem amaran awal, komunikasi risiko dan kecemasan dipertingkatkan agar orang awam sentiasa dimaklumkan mengenai keadaan terkini mangsa serta kawasan bencana.

“Ancaman sedia ada kita bukan sahaja pandemik, tetapi juga krisis iklim. ‘Sustainable development cannot be achieved unless disaster risk is reduced’ (pembangunan mampan tidak dapat dicapai melainkan risiko bencana dikurangkan),” katanya. - Getaran, 19 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 55 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad