web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


9 Sekeluarga Dikebumikan Dalam 1 Liang Lahad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 3:30PM

Jengkaut menimbus liang lahad sembilan sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE Jumaat lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat sini diselubungi suasana pilu, apabila lapan van jenazah memasuki perkarangannya membawa sembilan sekeluarga yang maut dalam kemalangan Jumaat lepas berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya ELITE, dekat sini.

Deretan lapan buah van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap mengenakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) diiringi anggota polis, dilihat tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan itu pada 12.40 tengah hari.

Jenazah selesai dikebumikan jam 1.30 petang dalam satu liang lahad, di atas permintaan keluarga setelah menjalani bedah siasat dan pemeriksaan saringan COVID-19, serta disolatkan di Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini.

Ibu mereka Allahyarham Norul Naziah Buyong, 37, dikebumikan bersama lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.

Adik kepada Norul Naziah, Nurul Atika Buyong, 33, berkata lima anak arwah bebas COVID-19 bagaimanapun empat anak termasuk bayi berusia 10 bulan, didapati positif COVID-19.

Kesemua mereka yang menaiki Proton Wira itu, maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Shah Alam.

Bapa kepada kanak-kanak dan remaja yang maut itu, Abd Razak Majit, 50, cedera ringan, manakala mereka yang menaiki sebuah lagi kereta iaitu Mimie Nafiesa Abdullah, 19; Ihyat Sufi Shokip serta Ummi Nasuha Annuwar masing-masing berusia 20 tahun juga cedera ringan.

Turut terbunuh dalam kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa itu adalah seorang mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dikebumikan di tanah perkuburan sama, kira-kira 1 pagi tadi.

Keluarga malang itu dikatakan dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Padang Jawa, Klang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar