web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Landa Selangor, Tangguh Dulu Perjalanan Ke Shah Alam, Klang - MBSA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 9:16PM

Keadaan di sekitar kawasan Plaza Tol Bukit Jelutong yang ditengelami air.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihati supaya menangguhkan perjalanan ke Shah Alam dan Klang berikutan paras air semakin naik  sehingga menyebabkan banyak kenderaan terkandas.

Jurucakap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, beberapa kawasan di sekitar Kampung Bukit Naga, Kemuning Utama, Kg Air Kuning dan Seksyen 25 dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam.

“Penduduk diminta agar sentiasa berhati-hati dan bersiap siaga sekiranya diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.

“Orang ramai boleh menghubungi Pasukan PANTAS MBSA di talian 03-55105811 sekiranya berlaku bencana seperti tanah runtuh, banjir dan sebagainya,” katanya.

Beberapa jalan di sekitar Seksyen 22 dan Seksyen 13 dekat Shah Alam turut dinaiki air menyebabkan ramai terkandas di dalam kenderaan masing-masing.

Sementara itu, sejumlah besar kenderaan yang diparkir di tempat letak kereta di sebuah kondominium dekat Seksyen 13, Shah Alam hampir ditenggelami air.

Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam pula dinaiki air sejak jam 9 malam semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sehingga kini sebanyak 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di tiga daerah iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Kerajaan negeri sedang mengerakkan semua agensi berkaitan dengan kerjasama PBT dan PDT untuk memindahkan mangsa dan memberi bantuan kecemasan segera,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter.

Jurucakap MBSA juga memaklumkan, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor bersama pasukan PANTAS MBSA sudah bersedia untuk bergerak ke lokasi terjejas.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan dijangka berterusan sehingga esok, namun banjir dikhuatiri bertambah buruk berikutan air pasang besar bermula jam 5 petang di Pelabuhan Klang.

Semalam, 20 kawasan di Klang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan.

Telok Gong ialah antara kawasan yang teruk terjejas akibat banjir, dengan kedalaman air yang mencecah sehingga ke paras pinggang.

Kawasan lain yang turut terjejas akibat banjir ialah Pulau Indah, Pandamaran, Bandar Botanik, Telok Gadong, Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Tinggi. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 4 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 55 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad