web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semak Gaji Awam, Swasta Elak Pekerja ‘Berniaga Dalam Tugasan’ - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 2:56PM

Datuk Adnan Mat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sewajarnya menyemak semula skim gaji pekerja sektor awam dan swasta memandangkan pendapatan diterima golongan terbabit ketika ini tidak kompetitif berbanding kos sara hidup yang tinggi.

Presiden Kongres Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, permulaan gaji diterima pekerja sektor awam dan swasta masing-masing hanya bermula pada RM1,200.

Katanya, dengan skim gaji serendah itu, pekerja perlu melakukan pelbagai pekerjaan lain untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan kerana pendapatan diterima jelas tidak mencukupi.

“Ketika ini situasi seorang pekerja yang terpaksa melakukan lebih daripada dua pekerjaan untuk menampung kehidupan keluarga sudah menjadi norma biasa.

“Tidak kira sektor swasta atau awam, perkara ini dilakukan kerana skim gaji diterima tidak kompetitif berbanding dengan kos sara hidup yang tinggi,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes melibatkan seorang penjawat awam yang didenda RM8,000 kerana menjalankan perniagaan membekalkan sarung kaki bernilai RM44,500 tanpa kebenaran semasa masih dalam perkhidmatan.

Jelas Adnan, CUEPACS menghormati keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu kerana yakin dengan sistem kehakiman yang sudah menjalankan tugas dengan baik mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, CUEPACS difahamkan penjawat awam terbabit sudah berkhidmat dengan cemerlang selama 25 tahun, namun terpaksa melakukan dua pekerjaan disebabkan komitmen tinggi untuk membesarkan anak dan demi mewujudkan kehidupan lebih berkualiti.

“Ia bukan mengenai gaya hidup seseorang kerana keperluan hidup ketika ini pun sukar untuk dipenuhi, berikutan pendapatan boleh guna rakyat yang rendah dek kerana skim gaji masih terlalu kecil.

“Justeru, wajar kerajaan menyemak semula skim gaji yang diterima pekerja ketika ini baik di sektor awam dan swasta,” katanya.

Adnan menarik perhatian, penjawat awam yang mahu menjalankan perniagaan atau pekerjaan tambahan perlu sentiasa mematuhi peraturan sedia ada ditetapkan kerajaan.

Penjawat awam, katanya, perlu memaklumkan perkara itu melalui permohonan secara bertulis kepada ketua jabatan masing-masing.

Mereka juga, jelasnya, perlu mengutamakan perkhidmatan sebagai penjawat awam bagi memastikan tugasan hakiki tidak terjejas dan terganggu atau mencetuskan perkara berbangkit, berikutan penglibatan dalam perniagaan atau pekerjaan kedua.

“CUEPACS juga berharap ketua jabatan sentiasa mengingatkan pekerja mengenai perkara ini kepada kakitangan masing-masing.

“Sekiranya berlaku permasalahan, ketua jabatan harus bertindak mengikut pertimbangan yang baik dan adil kerana setiap masalah boleh diselesaikan di peringkat jabatan tanpa perlu dipanjangkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 minit yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar