web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejadian Buli Di Asrama Sekolah Kelantan Kembali Tular, Video Kes Lama

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 9:00PM

Kejadian buli dipercayai membabitkan pelajar asrama lelaki SMK Kemahang 1, di sini, yang berlaku tahun lalu kembali tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Kejadian kes buli yang dipercayai membabitkan pelajar asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang 1, di sini tahun lalu, kembali tular di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kejadian berkenaan pernah tular di laman sosial pada 8 September 2020.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan semalam mengesan penularan sebuah video yang memaparkan kes pergaduhan, dipercayai membabitkan pelajar asrama lelaki SMK Kemahang 1.

“Saya mengesahkan video yang sedang tular tersebut merupakan video lama dan pernah ditularkan pada 8 September 2020. 

“Hasil siasatan pihak polis mendapati kes itu telah berjaya dituduh di bawah Pertuduhan Kes Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di Mahkamah Majistret Tanah Merah pada 10 Februari 2021,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes terbabit diklasifikasikan sudah selesai, malah ketiga-tiga suspek telah mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda RM1,000.

Beliau berkata, polis Kelantan menyeru orang ramai untuk tidak menularkan atau menyebarkan sebarang video yang boleh mendatangkan kegusaran awam. 

Katanya, tindakan tegas boleh diambil oleh pihak berkuasa jika terdapat kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Terdahulu, satu video kejadian buli membabitkan pelajar sekolah di Kelantan tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke asrama sekolah. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 6 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

4

Semasa 6 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar