Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Umur Minimum Perkahwinan Perempuan Islam Kekal 16 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 3:05PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menetapkan bahawa tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 ke 18 tahun setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, keputusan itu ditetapkan melalui Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bilangan 1/2021 pada 22 September lalu.

Katanya, penetapan itu turut mengambil kira maklum balas dan pandangan diterima daripada kebanyakan negeri, yang pada dasarnya bersetuju mengekalkan had umur sedia ada, sebagaimana termaktub dalam undang-undang keluarga Islam di negeri masing-masing.

“Kerajaan sudah mengambil langkah meneliti dan mengkaji cadangan supaya menaikkan umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun, dan kajian ini termasuklah membentangkan cadangan tersebut dalam pelbagai forum membabitkan negeri, seperti dialog undang-undang serta persidangan penyelarasan undang-undang syarak dan sivil memandangkan kuasa perundangan berkaitan perkahwinan orang Islam adalah bidang kuasa negeri.

“Berdasarkan maklum balas dan pandangan diterima, kebanyakan negeri pada dasarnya bersetuju mengekalkan had umur sedia ada sebagaimana termaktub dalam undang-undang.

“Selepas mengambil kira maklum balas itu dan pandangan daripada negeri, kerajaan berpendirian bahawa tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Pertanyaan Menteri ketika Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto yang meminta penjelasan berhubung usaha kerajaan untuk meningkatkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun dan langkah tambahan untuk membanteras kes perkahwinan bawah umur.

Meskipun had umur perkahwinan itu masih kekal, Idris menegaskan, Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) sudah mengambil langkah untuk memastikan pemohon yang ingin berkahwin di bawah umur perlu melalui satu proses penilaian ketat.

Jelasnya, pendekatan itu adalah bagi memastikan kepentingan semua pihak terbabit dipelihara.

“JKSM sudah mengeluarkan satu prosedur operasi standard (SOP) permohonan perkahwinan bawah umur melalui surat pekeliling Ketua Pengarah Ketua Hakim Syarie JKSM yang berkuat kuasa pada 28 September 2018,” katanya.

Kasthuriraani kemudian mengemukakan soalan susulan, adakah kerajaan akan memastikan beberapa negeri yang masih mengekalkan had umur minima perkahwinan 16 tahun meminda enakmen syariah untuk menetapkan 18 tahun sebagai had umur baharu.

“Selangor sudah menetapkan 18 sebagai had umur perkahwinan untuk orang beragama Islam, manakala Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bersetuju untuk meminda undang-undang keluarga berlandaskan syariah di negeri masing-masing.

“Namun, Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan belum memberi persetujuan untuk menaikkan had umur berkahwin orang Islam kepada 18 tahun, jadi saya ingin tahu apakah perancangan menteri untuk melobi atau memastikan negeri yang saya sebutkan tadi turut bersama-sama meminda enakmen syariah bagi memastikan bahawa umur 18 ditetapkan sebagai had umur minima untuk perkahwinan,” katanya.

Menjawab soalan itu, Idris berkata, penentuan had umur perkahwinan adalah di bawah kuasa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), justeru kerajaan perlu menghormati hak berkenaan.

“Setakat hari ini, tidaklah mengatakan perlu kita (kerajaan) larang terus dan tidak juga perlu kita nak perketatkan terus undang-undang berkaitan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam kerana di bawah kuasa negeri.

“Tetapi, sebab itu kita kenakan SOP yang ketat bagi memastikan kezaliman antara dua pihak tadi mampu dielakkan,” katanya.

Mengulas lanjut Idris berkata, berdasarkan statistik JKSM, jumlah kelulusan kes permohonan perkahwinan bawah umur bagi orang Islam melalui sistem e-syariah untuk tiga tahun sebelum penguatkuasaan SOP, iaitu dari 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018 adalah sebanyak 2,885 kes.

Jumlah kes permohonan perkahwinan bawah umur bagi orang Islam untuk tiga tahun selepas penguatkuasaan SOP, iaitu dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2021 pula adalah sebanyak 298 kes.

“Perbandingan di sini menunjukkan pengurangan sebanyak 783 kes antara tiga tahun sebelum dan tiga tahun selepas pelaksanaan SOP,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 minggu yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kesian Dia, Semoga Cepat Dapat Rawatan...

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 2 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Sukan 12 jam yang lalu

Aksi ‘Battle Of The Reds’ Gamit Memori - David James

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini