web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 8 Tahun Kes Kedua Omicron, Keputusan 18 Lagi Individu Diketahui Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 2:39PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu lagi kes COVID-19 membabitkan varian Omicron dikesan di Malaysia, kelmarin.

Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikesan di negara ini adalah sebanyak dua kes.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, kes terbaharu itu membabitkan seorang kanak-kanak perempuan tempatan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.

“Kes tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember lalu dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.

“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya hari ini.

Menurut beliau, kanak-kanak terbabit dan keluarganya telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan serta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib.

Namun katanya, keputusan RT-PCR kes semasa ketibaan didapati positif COVID-19 pada 7 Disember lalu.

“Kes tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari.

“Semua ujian yang dijalankan ke atas ibu dan adik perempuannya iaitu ujian sebelum berlepas ke Malaysia, semasa ketibaan, pada hari kelima serta hari ke-11 menunjukkan keputusan negatif,” katanya.

Khairy berkata, kontak rapat kes terdiri daripada ibu, adik perempuan, bapa dan pemandu teksi yang membawa mereka sekeluarga dari KLIA ke tempat kediaman.

“Ujian RT-PCR COVID-19 bagi pemandu teksi sedang dijalankan. Ketiga-tiga kontak lain tidak bergejala dan diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Bapa kes pula tiba di negara ini pada 12 Disember lalu dan menjalani kuarantin di sebuah stesen kuarantin swasta. Ujian PCR bapa kes pada hari ketibaan adalah negatif,” katanya.

Dalam pada itu katanya, terdapat seramai 35 kontak dalam penerbangan dinaiki kanak-kanak perempuan terbabit.

“Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan dan pada hari kelima bagi kesemua kontak ini adalah negatif.

“Pemantauan kes dan kontak yang dikenal pasti dilaksanakan secara menyeluruh dari semasa ke semasa,” katanya.

Buat masa ini, Khairy berkata punca jangkitan kes masih dalam siasatan.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan 18 lagi kes menunjukkan kemungkinan varian Omicron dan sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh (WGS).

Katanya, keputusan tersebut akan diketahui esok. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 4 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad