web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Lagi Mayat Dipercayai Mangsa Bot Karam Dijumpai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 2:20PM

Anggota Bomba melakukan rondaan di persisiran pantai bagi mengesan saki baki mangsa bot karam pada hari kedua Operasi Mencari dan Menyelamat di perairan Tanjung Balau, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Tiga lagi mayat dipercayai mangsa tragedi bot karam di perairan Tanjung Balau, di sini, ditemukan pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Johor Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata dua mayat lelaki dipercayai pendatang tanpa izin itu ditemukan pada 10 pagi manakala satu lagi mayat lelaki pada 10.54 pagi.

“Dua mayat dijumpai terdampar di pesisir pantai kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian manakala satu lagi mayat ditemukan terdampar lebih kurang 800 meter dari lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, lima mayat ditemukan antara 6.45 pagi hingga 7.45 pagi tadi yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.

Dengan penemuan ini, 19 mayat telah ditemukan setakat ini manakala 17 mangsa dipercayai masih hilang.         

Sementara itu, Simon berkata hasil saringan ke atas 14 pendatang tanpa izin yang terselamat mendapati kesemuanya negatif COVID-19.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati susulan penemuan tiga mayat antara 10 pagi dan 10.54 pagi itu, pasukan bertugas mengambil masa kira-kira sejam bagi menguruskan kelapan-lapan mayat yang dijumpai hari ini untuk dihantar ke Hospital Sultan Ismail bagi proses bedah siasat.

Selain itu, lebih 30 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan tugasan dan rondaan mencari saki baki mangsa.

Lebih 10 petugas media berkumpul di lokasi kejadian sejak dari awal pagi bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi mencari dan menyelamat.

Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hazlina Jalil turut meninjau lokasi kejadian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Identiti Mayat Wanita Ditemukan Disimen Dalam Kolah Masih Belum Dikenal Pasti

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Dalam Kolah: Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

4

2 tahun yang lalu

2 Warga Asing Dicari, Ada Kaitan Dengan Mayat Dalam Kolah Mandi - Polis

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar