web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ross Yusof, Penyampai Sukan Radio, Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 2:24PM

Allahyarham Ross Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyampai sukan radio terkenal di BFM, Ross Yusof, meninggal dunia hari ini dipercayai akibat serangan jantung.

Beliau yang turut dikenali sebagai RedRoss menghembuskan nafas terakhirnya di rumah. Allahyarham berusia 55 tahun.

Difahamkan, kejadian disedari anaknya yang sebelum itu memberitahu rakan-rakan bapanya bahawa dia terdengar arwah batuk seperti biasa.

Bagaimanapun, anaknya itu dikatakan terdengar bunyi dentuman kuat sebelum mendapati arwah dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

Ross dikenali sebagai seorang penyampai radio sukan yang digemari pelbagai lapisan masyarakat. Beliau memulakan kerjanya di Hitz FM dan Mix FM sebelum melebarkan sayap mengacarakan program bola speak di BFM dan Stadium Astro.

Pemergian Ross turut mendapat perhatian peminatnya termasuk Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan penyanyi terkenal tahun 80-an Francessca Peter.

Nik Nazmi dalam ciapannya berkata “Sedih apabila mengetahui penyampai bola sepak Ross Yusof meninggal dunia”.

Manakala Francessca juga turut bersedih atas kehilangan beliau yang disifatkan sebagai seorang lelaki budiman, lembut dan sangat sopan.

“Sedih mendengar pemergian Ross Yusof. Sudah lama mengenalinya. Seorang lelaki yang budiman, lembut dan sangat sopan. Tidak akan melupakannya walaupun kami jarang bersua. Takziah kepada ahli keluarganya,” ciapnya di Twitter.

Selain itu, ramai pengguna Twitter turut menciap takziah kepada ahli keluarga Ross atas kehilangan tersebut. – Getaran, 15 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad