web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hadapi Masalah Teknikal, Keputusan Kes Emily Rose Ditunda

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 11:38AM

Sharifah Hanim Zakaria bersama dua anaknya Jude (kiri) dan Luke. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan penghakiman dalam isu hak penjagaan anak membabitkan warga negara Malaysia yang menetap di London terpaksa ditunda disebabkan beberapa masalah teknikal dihadapi mereka.

Sharifah Hanim Zakaria yang kini sedang berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak perempuannya, Emily Rose Isabela terpaksa menunggu sehingga 29 Disember ini bagi mengetahui keputusan penghakiman Mahkamah Keluarga London Timur.

Bercakap kepada Getaran, abang kepada Sharifah Hanim, Zolkarnain, berkata keputusan mahkamah itu dijadualkan diputuskan pada 3 Disember lalu, namun terpaksa ditangguhkan.

“Mahkamah tidak memberikan sebarang keputusan sebaliknya menangguhkan prosiding disebabkan beberapa masalah teknikal yang dihadapi wakil kepada Sharifah Hanim.

“Saya difahamkan, pihak yang mewakili adik saya itu menghadapi masalah penterjemah selain perlu memberikan jawapan bertulis untuk dua ke tiga perkara seperti yang diminta pihak mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, menurut Zolkarnain, jawapan bertulis itu sudah pun dihantar kepada mahkamah, justeru keluarganya berharap supaya keputusan penghakiman dapat didengar pada 29 Disember nanti.

“Jika keputusan tidak menyebelahi Sharifah Hanim, kami akan mengambil tindakan selanjutnya di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan mahkamah keluarga berkenaan,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan misteri dana kutipan bantuan guaman untuk Emily Rose yang menyepi sejak ia dimulakan September lalu.

Difahamkan, kutipan dana yang dikendalikan dengan bantuan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad tersebut berjaya mengutip sejumlah RM30,000.

Untuk rekod, Mohamad Ali merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung 20 November lalu.

Jumlah keseluruhan kos guaman yang diperlukan bagi menampung perbelanjaan kes Emily Rose di Mahkamah Tinggi London adalah sebanyak £15 ribu (RM85,000). – Getaran, 15 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad