web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


P.Pinang Tambah Klinik Swasta, PPV, Untuk Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 8:09AM

Sebelum ini terdapat 86 klinik swasta, 8 hospital dan 3 PPV menawarkan suntikan dos penggalak di Pulau Pinang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pulau Pinang menambah 12 klinik swasta dan empat pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri itu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 dengan lebih cepat.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata sehingga semalam, 186,669 orang di Pulau Pinang menerima suntikan tersebut dan menjadi negeri keenam paling ramai disuntik dos penggalak.

"Sebelum ini terdapat 86 klinik swasta, lapan hospital swasta dan tiga PPV yang menawarkan suntikan dos penggalak di Pulau Pinang, namun sejak minggu lepas 12 klinik swasta serta empat lagi PPV ditambah bagi membolehkan lebih ramai mendapatkan suntikan.

"Setiap PPV itu mampu menawarkan suntikan vaksin kepada 1,000 hingga 1,500 individu dan saya harap orang ramai mendapatkan dos penggalak malah setiap pusat vaksinasi dilengkapi dengan 20 peratus vaksin Sinovac dan 80 peratus Pfizer," katanya ketika dihubungi.

Katanya pemberian dos penggalak amat perlu bagi memberi perlindungan tambahan berikutan penularan beberapa varian COVID-19 yang membimbangkan kerana ia cepat merebak dan dengan adanya vaksin tersebut tahap jangkitannya rendah serta terkawal.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai mendapatkan dos penggalak terutama golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas. - Bernama

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad